loading...

Video: DAP Parti Autokratik, Tanpa Undi Melayu Takkan Menang

KAJANG – “Walaupun saya cina, saya sanjung Pas. Mereka buat apa yang diceritakan guru mereka, tak seperti DAP sampai sekarang mana ada demokratik tapi autokratik,” kata bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.

 

Menurut Tuan Tat, DAP tidak akan berhadapan kemelut menandatangani watikah parti sekiranya pimpinannya menghormati perlembagaan parti, mematuhi undang-undang pertubuhan dan benar-benar mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.

 

“Guan Eng tidak layak menandatangani watikah parti memandangkan ROS masih belum mengiktiraf barisan CEC sedia ada. Sekiranya pimpinan DAP gagal berpegang kepada prinsip demokrasi mereka patut ubah nama parti mereka kepada Daddy Anak Party (PAPASON).

 

“Jangan gelar parti demokratik apabila pimpinan bertindak autokratik. Sesebuah parti tidak boleh dianggap demokratik sekiranya pandangan majoriti dipinggirkan,” katanya yang kini aktif sebagai aktivis masyarakat.

 

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu tahu bahawa DAP tidak benar-benar mengamalkan demokrasi dan mempraktikkan autokratik yang diberi kuasa mutlak untuk membuat keputusan perlantikan.

 

“Seringkali mereka mendapat jumlah tertinggi dalam pemilihan pusat tidak diberikan jawatan penting dalam parti. Contoh paling ketara semasa pemilihan semula CEC tahun 2013 berikutan kesilapan teknikal di dalam kiraan undi pada bulan Disember 2012, Guan Eng mendapat undi rendah daripada Gobind Sigh.

 

“Tapi Guan Eng dilantik semula ke jawatan SA dan sekali gus dikekalkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berkuasa dalam parti. Apakah itu konsisten dengan amalan demokrasi apabila seseorang mendapat undi lebih rendah diberikan jawatan penting di dalam parti?,” katanya.

 

Tuan Tat berkata, mustahil DAP dapat mengekalkan kemenangan kerana tiada sokongan daripada PAS.

 

Ditanya mengenai Pakatan Harapan, beliau berkata, orang di luar mengatakan Amanah adalah proksi kepada DAP.

 

“Tapi jangan lupa pada PRU14 ini mereka kena sain watikah. Benda tu mustahil untuk DAP berikan kepada Amanah. 1 – 2 kerusi bolehlah dan berapa ramai orang Melayu yang bertanding kerusi itu? Mereka hanya sandiwara sahaja,” katanya.

 

Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikatakan mempunyai kuasa veto didalam parti. Keputusan yang dibuat Kit Siang dan Anaknya tidak boleh dipertikai dengan sewenang-wenangnya.

 

Katanya, walaupun ahli-ahli jawatankuasa eksekutif pusat CEC dipilih oleh perwakilan semasa pemilihan pusat parti, perwakilan tidak ada suara menentukan jawatan apa yang dipegang oleh ahli jawatankuasa pusat CEC. – SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...