loading...

Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shah Iskandar dan juga isteri, Siti Sarah Mohd Noor yang telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di dalam majlis yang cukup meriah di dewan Ballroom, East Coast, Singapura.

BACA: Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin

Sebelum ini, Shah pernah menyatkaan bahawa memandangkan umur mereka berdua sudah lanjut maka mereka memilih untuk berkahwin tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan. Majlis pernikahan tersebut turut dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara terdekat.

Selain itu, Shah juga sangat bersyukur kerana isterinya itu sangat memahami kerjaya seninya sebagai pelakon dan sangat penyabar. Pelakon ini juga tidak mahu mendedahkan jumlah mas kahwin dan hantaran.

Semoga ikatan perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi rezeki selain dipermudahkan segala urusan. Malah pastinya peminat Shah Iskandar selepas ini menantikan cahaya mata daripada pasangan ini. (rtky/s)

Gambar Ihsan: MediaCorp Suria

12445940_178054445885548_1031876836_n 12555913_211827932490574_1928235712_n 12556149_546573415491286_465647660_n 7- Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 6- Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 5- Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 4- Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 3- Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 2- Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...