PUTRAJAYA — Rondaan kawalan keselamatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan strategik, tarikan pelancong serta tumpuan pengunjung akan dipergiatkan bagi memberi keyakinan keselamatan kepada orang ramai.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rondaan bersama itu akan dilaksanakan serta-merta untuk menghantar isyarat bahawa keadaan keselamatan di di negara ini berada dalam kawalan pihak berkuasa.
“Kehadiran rondaan bersama antara PDRM
Rondaan bersama PDRM dan ATM itu adalah antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan di sini semalam untuk membincangkan langkah keselamatan berikutan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia. — BERNAMA