PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi dituntut untuk bersatu menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memerangi dan menangkis ancaman keganasan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, rakyat perlu melihat serangan pengganas di Jakarta, Indonesia; Burkina Faso; Paris; Istanbul, Turki dan beberapa negara lain sebagai contoh yang sangat mengancam keselamatan sejagat.
Katanya, rakyat Malaysia perlu bersatu tenaga bersama-sama menyokong kerajaan untuk membanteras sebarang unsur-unsur keganasan dan radikal yang boleh menghancurkan keharmonian dan keamanan negara.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut berikrar akan menentang keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji memberikan kerjasama penuh melalui pasukan tentera.
“Ini adalah peperangan baharu yang perlu kita
“Kita mesti yakin dan percaya dengan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan kita dalam menjalankan tugas mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, setiap rakyat Malaysia mesti terus berwaspada terhadap ancaman keganasan selain membenarkan pasukan keselamatan menjalankan tugas masing-masing menjaga keamanan negara tanpa perasaan curiga dan prasangka.
Beliau mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang bukan sahaja boleh menyebabkan kekeliruan tetapi juga salah faham mengenai hal ehwal dalaman negara.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara. Yakinlah bahawa pasukan keselamatan kita sentiasa melindungi kita sepanjang masa, siang dan malam,” katanya. – Utusan

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun, Bella Dowan ...

Nabila Razali Dedah Wajah Baby M, Perkenal Nama An ...

Pemandu Rentung Terperangkap Dalam Lori Balak Terb ...

Lelaki Singapura Ditahan Kes Tengkar, Khianat Tend ...