SHAH ALAM – Kerjasama politik antara PKR dan Pas perlu dikekalkan khususnya di Selangor dalam memastikan wakil rakyatnya terus kekal dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Naib Presiden PKR, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata hanya PKR satu-satunya parti pembangkang yang sentiasa terbuka untuk melakukan perundingan politik dengan Pas.
“PKR mengadakan perjanjian dengan semua pihak, kerana kita merasakan penting untuk kita berdepan dengan Umno-BN, ia perlu dilakukan berdepan satu lawan satu.
“Kalau Pas nak terus bekerjasama dengan PKR, tak jadi masalah, tapi Pas ada tempat untuk melakukan perundingan,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan
Mohd Khairuddin berkata Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya, DAP di kawasan Pas.
Dalam pada itu, Shaharuddin juga berkata, Pas perlu kembali kepada prinsip ta’aun (bantu membantu) dan bukan semata-mata bersiang dalam politik.
“Tak timbul kalau kamu kerjasama dengan musuh kami, maka kamu dianggap musuh, kerana perlumbaan dan persaingan politik tidak berasaskan kepada Islam.
“Politik kita adalah politik kebajikan, politik dakwah, kita boleh bercakap, kita boleh berbincang dengan siapa saja,” katanya lagi.-sinar

Tun Abdullah Pemimpin Yang Sentiasa Merendah Diri, ...

2025 Baru Mula Tapi Apple Sudah Ungguli Pasaran Te ...

#hiburan: Kebulur Sangat Benda Free.. Tetamu K ...

Acer Travelmate P6 14, Komputer Riba Premium Kuran ...