loading...

Kapal TLDM Alami Kebakaran Kecil Di Limbungan

SHAH ALAM – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjelaskan kebakaran yang berlaku terhadap salah satu asetnya pagi tadi bukanlah pada bahagian enjin Kapal Latihan Teguh Samudera.

 

Sebaliknya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam ini Panglima Tentera Laut, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Badaruddin berkata, kebakaran hanya melibatkan kanvas yang menutup bilik enjin utama.

 

“Kebakaran ini bukanlah berlaku ke atas enjin kapal tersebut sepeti yang dilaporkan dan tiada sebarang kecederaan melibatkan warga TLDM. Api berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Setiawan.

 

“TLDM tidak bertanggungjawab di atas kerbakaran ini kerana kapal latihan tersebut masih dalam proses penyambungan persiapan pembaikan di Limbungan Grade One Marine Sdn Bhd, Kampung Acheh, Setiawan,” katanya.

 

Menurutnya, punca kejadian ini akan disiasat oleh pihak limbungan.

 

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, tindakan pantas bomba memadam kebakaran di bahagian enjin berjaya menyelamatkan sebuah kapal latihan bernilai RM147 juta milik TLDM dari musnah terbakar.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.59 pagi

 

“Kapal Teguh Samudera itu dalam kerja pembaikan dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

 

“Sebaik sahaja tiba, asap hitam keluar melalui pintu masuk utama kapal menyebabkan anggota menggunakan alat bantuan pernafasan dalam operasi terbabit,” katanya.

 

Menurutnya, hanya lima peratus enjin bahagian bilik enjin terbakar dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak keseluruhan kapal.

 

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Sinar

Previous
Next Post »
loading...