loading...

‘I Want To Touch A Pig’ Foto Palsu

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar yang disunting menjadi viral di media sosial di mana ia menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

 

Foto yang menunjukkan beberapa orang wanita yang berhijab menyentuh babi.

 

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post mendapati bahawa gambar asal memaparkan kumpulan tersebut menyentuh anjing yang dirakam semasa program ‘I Want To Touch A Dog’ pada 2014.

 

Gambar asal tanpa disunting itu milik portal berita The Malay Mail Online, yang diambil oleh Choo Choy May.

 

Terdahulu, gambar yang menjadi viral pada hujung minggu lalu memaparkan tajuk berita palsu yang bertajuk “I Want To Touch A Pig.” – TheRakyatPost

Previous
Next Post »
loading...