KUALA LUMPUR: Enam persatuan utama di negara ini hari ini menyatakan bantahan mereka ke atas cadangan pelaksanaan lesen pengedaran tembakau dan keluaran tembakau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), berkata persatuan itu yang mewakili lebih 180,000 peruncit, telah mengemukakan petisyen bersama kepada kerajaan supaya menimbang semula cadangan itu.
"Walaupun Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan belum dibuat mengenai perkara itu, MSCSPGA mengemukan petisyen itu memandangkan penguatkuasaan berkenaan akan memberi kesan kepada banyak perniagaan di negara ini.
"Selain itu, kami juga menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan itu memandangkan keperluan pelesenan yang dicadangkan itu tidak termasuk peruncit di Sabah dan Sarawak," katanya.
Pada masa yang sama, persatuan juga menyuarakan kebimbangan mengenai proses permohonan yang didakwa akan membebankan peruncit memandangkan kehadiran Lembaga Kenaf dan Tembakau, agensi di bawah kementerian yang diamanahkan dengan pengeluaran lesen, hanya beroperasi di beberapa negeri sahaja.
"Ini mungkin memerlukan peruncit membuat perjalanan jauh ke negeri jiran untuk memohon lesen, kata MSCSPGA.
Enam persatuan kebangsaan itu terdiri daripada MSCSPGA, Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Persatuan Pemilik Restoran Islam Malaysia, Persekutuan Persatuan Saudagar Barangan Runcit Malaysia, Persatuan Pemborong dan Peruncit Islam Malaysia dan Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia.

Noraniza Idris Buat Konsert Percuma, Semua Dijempu ...

Tiada Rasa Nak Beraya, Rasa Seperti Momen Paling ...

Satu Saluran, Tiga Tersumbat, Zamarul Hisham K ...

Pn Names Muhaimin Malek For Ayer Kuning Polls ...