loading...

Takut Nak Amalkan Booster, Cik Epal Kongsi 3 Petua Meriahkan Susu!

Pasangan ini, Cik Epal dan suaminya, Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jo memang unik. Kedua-duanya merupakan pasangan yang cukup cool malah sporting dalam segala hal. Bersahaja. Dek kerana itulah banyak berkongsian mereka di instagram kurang disenangi oleh netizen. Namun itulah cara mereka.

Jarang berkongsi mengenai kisah kehamilan dan anak-anak, rupanya Cik Epal juga sama seperti ibu lain yang punya detik manis ketika mengandungkan dua anaknya Han dan Yuki.

Bagi Cik Epal, kisah kehamilan kedua-duanya bagi adalah satu perjalanan yang cukup indah. Mengandungkan Han adalah perjalanan tanpa sebarang alahan malah cukup enjoy menikmati semua jenis makanan. Namun berbeza pula ketika mengandungkan Yuki.

“ Saya alami alahan yang agak teruk ketika mengandungkan Yuki. Seksa kerana apa saja yang saya makan semuanya akan dimuntahkan semula. Saya juga mudah alah dengan semua jenis bau terutama bau makanan. Langsung saya tak masak dan masuk dapur ketika waktu ini.

Malah saya juga kurang aktif di IG kerana tidak boleh melihat makanan. Saya sentiasa rasa loya dan mual malah sentiasa mahu tidur dan bermalas-malasan. Saya juga jarang keluar. Mujur suami dan Han memahami sepanjang detik ini.

Namun pengalaman melahirkan Yuki teramatlah mudah. Sampai sahaja di hospital, bila doktor check bukaan saya sudah 7cm dan tidak sampai 3 jam saya sudah selamat melahirkan Yuki. Menariknya Yuki lahir dua minggu lebih awal daripada tarikh due. Kelam kabut kami dibuatnya kerana tak sempat beli kelengkapannya ketika itu,” ceritanya lagi yang melahirkan bayi keduanya di Hospital Thomson Kota Damansara.

Malah bagi Cik Epal tempoh berpantang adalah waktu paling istimewa buatnya.

“ Saya berpantang cara mak saya yang mengikut patuh amalan tradisi. Malah sepanjang berpantang saya ditemani emak saya yang setia menjaga dan menyediakan masakan berpantang buat saya. Saya cukup enjoy sebab dapat berehat selama tempoh itu.

Saya rasa paling seronok masa berpantang kerana semuanya dilayan bagai puteri. Tak ada pun yang kita fikirkan, hanya rehatkan badan dan bonding dengan Yuki sepanjang waktu itu. Malah rezeki saya untuk menyusukan Yuki juga sentiasa ada. Saya patuh dengan rutin mengepam setiap empat jam sekali dan semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah susu saya banyak dan ada buat Yuki.

Saya tak amalkan sebarang booster tambahan tetapi memilih untuk makan makanan segar yang dapat memperbanyakkan susu seperti kurma, lobak putih dan juga pegaga sebagai ulam. Inilah menu kegemaran saya dan alhamdulillah menjadi. Bukan tidak percaya pada milk booster yang banyak dijual dipasaran tetapi saya lebih suka organik.

Bagi saya nak menyusu kita kena ada support sistem yang baik. Paling penting kena enjoy, jangan stress dan sentiasa positif. Sentiasa fikirkan susu kita banyak dan usaha untuk makan makanan yang sihat dan boleh perbanyakkan susu. Insyaallah ada rezeki buat anak kita ,” ceritanya lagi.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...