loading...

Sebelum Caesar, Ada Sebab Doktor Suruh Puasa Dulu. Curi-Curi Makan Bahayakan Nyawa Ibu & Bayi

Selama ini mungkin ramai ibu yang terfikir kenapa perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan caesarean. Rupanya ia bersebab & kalau tak patuh boleh bahayakan nyawa ibu dan anak!

Melahirkan anak sama ada secara pembedahan atau normal kedua-duanya mempunyai risiko dan prosedur tersendiri. Pembedahan elektif caesarean biasanya dijadualkan dan ibu-ibu akan diminta untuk berpuasa. Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ia ada kaitan dengan bius yang bakal diberikan.

PUASA 6 JAM, JANGAN CURI-CURI MAKAN

“Kebiasaannya ibu yang menjalani pembedahan caesarean akan diberikan bius separuh badan. Namun ada keadaan di mana bius separuh badan ini tidak berkesan. Keadaan ini memerlukan ibu berkenaan dibius penuh (bius am).

“Jika ibu tidak berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam seperti yang diminta, terdapat risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated ( terkeluar ) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh.

“Ikut peraturan. Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa pukul 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada pulak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Macam mana nak buat operation? Barang-barang peribadi yang berharga serahkan pada keluarga, jangan tinggalkan dalam wad. Apa pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara,” katanya.


INFO: Bius am akan menyebabkan otot-otot di saluran pencernaan dan saluran pernafasan tidak dapat berfungsi untuk mengawal makanan dan asid daripada bergerak dari perut ke dalam paru-paru. Sentiasa ikuti arahan doktor untuk mengelakkan makanan dan minuman sebelum pembedahan. Puasa biasanya diperlukan bermula enam jam sebelum pembedahan.
Sumber: mayoclinic.org


5 TIPS MENEMPUHI PEMBEDAHAN CAESAREAN

Siapa kata tidak berdebar, walau pun ia mungkin kali kedua atau ketiga ibu dibedah untuk bersalin. Tenangkan diri dan lakukan perkara penting yang dicadangkan doktor ini.

Selain berpuasa mengikut prosedur yang ditetapkan, 5 perkara yang boleh para ibu lakukan sebagai persediaan menempuhi pembedahan ialah seperti berikut;

Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yg akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) pada keesokkan hari;

#1: SOLAT HAJAT
Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini.

#2: MOHON MAAF DARIPADA SUAMI & IBU BAPA
Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.

#3: LANGSAIKAN HUTANG
Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada?

#4: YAKIN
Last, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan?

#5: BERSELAWAT & DOA
Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.

Sumber: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak

Artikel berkaitan: [Nak Hamil Ibu Kena Ready, Bukan Termengandung Tanpa Sengaja! Kalau Nak Jarakkan, Rancanglah] [Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda. Mesti Sentiasa Berhati-Hati!]

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...