loading...

Pandai-Pandai Janji Nak Berbesan. Rupanya ‘Tunangkan’ Anak Dalam Gurauan, Tak Boleh!

Kita selalu bergurau dengan ibu bapa yang lain nak berbesankan mereka, atau nak jadikan anak mereka yang comel sebagai menantu. Bila tengok je anak kecil yang comel terus nak jadikan menantu. Mungkin kita anggap itu satu gurauan.

Puan Insyirah Solehah telah berkongsi di mana bahaya bila kita bergurau nak jodohkan anak-anak yang masih kecil walaupun hanya sekadar gurauan. Kenapa bahaya? Ikuti perkongsian ini.

Artikel Menarik: [Kalau Susu Ibu Rosak, Boleh Buat Menangis Seharian. Punyalah Sedih!]

Bila dah jadi ibu ni ada masa kita bergurau bila berbual dengan sahabat-sahabat yang dah jadi ibu ayah.

“Anak kau ni boleh buat jadi menantu aku.”
“Kita berbesan lah ya.”

Tak terlepas juga dari gurauan sebegini. Cuma tersentak bila dengar kuliah dari Ustaz Dr Khalid Basalamah (boleh cari di youtube) yang mengingatkan terutama para ayah agar menjauhkan diri dari bergurau senda perihal perkahwinan anak-anak.

Artikel Menarik: [Suami Sesekali Suap Anak & Isteri Makan, Hubungan Makin Erat & Berkat]

Apatah lagi kalau bapa anak perempuan dan bapa anak lelaki “setuju” walaupun secara gurauan ia akan menjadi satu pertunangan. Subhanallah!
3 perkara yang tidak boleh dibuat gurauan:
1. Nikah
2. Talak
3. Rujuk

Nampak main-main, tak sengaja atau saja suka-suka nak bergurau tapi tak sedar dah berlaku syariat di situ.

Dr Khalid ada ceritakan sahabatnya bila ada kawan yang lain bergurau nak jadikan anak perempuannya menantu, sahabatnya diam. Tak jawab apa pun.
Dr Khalid tanya, “kenapa kamu diam?”

Sahabatnya menjawab, “Sesungguhnya aku khuatir sekiranya aku mengangguk atau mengatakan setuju, kelak bila anak aku dewasa aku terpaksa meminta izinnya (anak kawannya) kalau dia (anak perempuannya) mahu menikah dengan orang lain.”

Artikel Menarik: [Balik Kerja Rumah Terabur, Suami Jangan Marah Dulu. Isteri Bukan Malas, Tapi Tak Sempat]

Aduh!
Ada rasa macam kena pulas telinga tak? Huhu. Ada perkara boleh dibuat bergurau, ada perkara langsung tak boleh dimain-mainkan.

Kalau nak diikut bergurau entah dah berapa kali anak-anak terpaksa bertunang tanpa kerelaan, phew!

Sumber: Insyirah Solehah

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...