loading...

Jangan Risau Anak ‘Tawaf’ Satu Masjid, Yang Penting Kenalkan Dia Dengan Rumah Allah

Selalu terfikir nak bawa anak solat di masjid. Kalau dia tak pandai solat pun, sekurang-kurangnya dapat pendedahan dan mengenali tempat suci ini. Tapi itulah, bila nak bawa tu satu kegusarannya ialah bila terkenangkan anak yang tengah lasak, pasti akan berlari-lari keliling masjid.

Itulah yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon cantik, Yana Samsudin dan menurutnya apabila membawa anak ke masjid menjadi satu rutin, ia akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa dengan suasana beribadah.

Artikel Menarik: [Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Rahsia Nak Dapat Anak Bijak Dunia & Akhirat]

Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Yana turut menceritakan pengalamannya ke masjid sedari usia lima tahun. Katanya pergi ke surau sahaja, nak ke masjid agak jauh harus menyeberangi jalan. Waktu itu, ayahnya tak dapat bawa semua anak kerana hanya ada sebuah motor vespa.

Tulisnya lagi zaman sekarang sangat mudah kerana kebanyakan masjid sudah ada ruangan khas untuk kanak-kanak, mempunyai permaidani dan berpenghawa dingin.

Bagus usaha Yana dan suami untuk membawa Mateen ke masjid. Sebenarnya bagus juga kalau diajar anak ke masjid dari usia yang masih muda, supaya mereka biasa dan tidak berasa janggal kalau diajak ke surau atau masjid apabila sudah besar nanti.

Sumber: Yana Samsudin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...