loading...

Jaga Rahim Sejak Anak Kecil, 3 Makanan Ini Yang Disarankan Dato’ Dr Hamid Arshat!

Sebagai wanita kita sebenarnya perlu mengamalkan penjagaan kesihatan dalaman daripada awal lagi dan wajib mengamalkan penjagaan awal ini kepada anak-anak perempuan walaupun mereka masih kecil.

Begitu juga yang disarankan oleh Dato’ Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan tersohor kita. Menurut beliau lagi setiap wanita dan ibu perlu ada kesedaran untuk menjaga rahim dan ini harus dimulakan sejak kecil lagi. So mama kena take note!

11 tip ni kita kena amalkan ya.


Rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Tumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara Jaga Rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara, adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umur muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari tumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat-sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy). Kedua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. Diantaranya:

1. Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
3. Kemandulan dan sukar hamil.
4. Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Setengah makanan seperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

MAKANAN-MAKANAN YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN
Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan-bahan lain seperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.
1. Buah delima/promagenate.
2. Sayur-sayur brokoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
3. Minyak zaitun.
4. Cendawan.
5. Anggur merah dan biji.
6. Oats
7. Teh hijau.
8. Buah citrus – lemon, limau nipis, grape fruits
9. Kacang-kacang almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
10. Bawang merah.
11. Kunyit.
12. Spirulina, chorella
13. Sayur hijau , sawi, bayam, salad dll.
14. Minyak kelapa dara.
15. Bawang putih
16. Kucai dan celery
17. Berries – blue berries, black currant.
18. Maca
19. Fax seeds
20. Makanan-makanan fermented – yogut, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.

4. Faktor-faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.

Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering anak-anak perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.

Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen-supleman tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya di rahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah, kolej dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya kerana tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.

Bermula disini gangguan haid berlaku – samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ kebelakang rahim. Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung dibelakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan-makanan yang membantu dalam jagaan rahim di antaranya nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang rahim.

Makanan-makanan tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyak makan sayur-sayur khususnya yang hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain-lain.

Banyak makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betek, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan korma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Kredit: Dr Hamid Arshat

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...