loading...

Isteri Penat Uruskan Semua Perkara, Jangan Biarkan Penat Tanpa Pahala, Betulkan Niat!

Isteri mana yang tidak pernah kenal dengan istilah penat dalam hidupnya. Seawal pagi bangun menguruskan anak ke sekolah dan siapkan sarapan suami dan sebagainya. Tengaharinya pula masih meneruskan aktiviti di dapur bagi menyediakan keperluan suami. Begitu juga bila malam menjelma. Aktiviti tanpa henti.

Perkongsian suami ini, Firdaus Shakirin, para isteri kena baca. Jangan biarkan kepenatan menguruskan keluarga dan anak-anak tanpa sebarang ganjaran. Betulkan niat dalam diri, insyaallah pahala besar mengiringi para isteri. Begitu katanya.

Kerana suami, atau kerana Allah SWT?

Something to ponder…

Bangun awal pagi, sediakan sarapan, bekalkan makanan, kerana suami atau kerana Allah? Hantar anak sekolah, pergi pasar beli bahan-bahan, kerana suami, atau kerana Allah?

Masak tengahari, petang dan malam, kerana suami, atau kerana Allah? Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, buang sampah, kerana suami atau kerana Allah?

Kita tak pernah pun terfikir, “Aku buat perkara ni, aku buat semua ni, ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana suami suruh, takut suami marah atau terpaksa buat…”

Kalau niat kerana Allah, ianya jadi ibadah dan dapat pahala. Kalau niat kerana manusia, kita tak dapat apa-apa dan kita akan mengharapkan manusia itu untuk membalas perbuatan kita itu sebagaimana yang kita telah buat kepadanya.

Ini yang seringkali membuatkan kita kecewa, ini yang seringkali membuatkan kita marah. Ini yang seringkali menghampakan kita.

Sebab tak dapat penghargaan setimpal dengan apa yang kita dah buat kepadanya…

Para isteri sekalian, niatlah akan setiap perbuatan kamu itu kerana Allah s.w.t dan percayalah bahawa akan ada pahala untuk setiap perkara yang dilakukan anda, kalau tidak didunia, maka di akhirat, kalau tidak sekarang, mugkin esok atau lusa. Apa yang pasti, Allah akan membalas kebaikan itu, dengan kebaikan…

Perbaiki nawaitu, dan mulai hari ini, apa yang anda buat sebagai isteri adalah? Allah jualah yang dapat membalas setiap budi baik, jasa dan pengorbanan anda selama mana anda bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama suami…

Barulah ianya tidak menjadi sesuatu yang sia-sia!

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...