loading...

Ibu Masa Penat Mudah Marah. Tenung Muka Anak Masa Tidur, Tak Sedar Gugur Airmata

Ibu insan yang sangat istimewa di mata anak-anak. Apa sahaja diperlukan akan dirujuk kepada ibu, tidak kira anak lelaki atau perempuan.

Akrabnya hubungan ibu dan anak banyaknya kasih sayang dicurahkan dari alam rahim hinggalah selepas dilahirkan. Namun dalam keadaan tubuh yang kepenatan atau emosi yang terganggu, adakalanya ibu juga tidak dapat lari daripada marah dan geram.

Benar, anak mempunyai attachment yang istimewa dengan ibu. Malah pada beberapa tahun pertama kehidupan, ibulah insan yang sentiasa ada di sini. Perkongsian daripada ibu ini yang menjadi tular dengan kira-kira 18 ribu perkongsian. Membacanya seolah-olah setiap ibu merasakan berada di dalam kasut sendiri mengimbas kembali apa yang berlaku.

Meninggikan suara kepada anak masa penat itu bukan disengajakan, tapi hati ibu menjadi cair setelah melihat wajah si kecil selepas tidur. Tiada apa yang didambakan si kecil selain daripada perhatian dan kasih sayang daripada ibunya.

IBU PENAT TAU TAK?

“ Orked awak nak apa ?. Ibu ni penat tau tak!. Minum susu xnak!. Makan xnak!. Main xnak!. Nak peluk je mcm mana!. “

Tinggi suara aku pada dia.

“ Tidur!. Ibu taw awak mengantuk!. “

TENUNG ANAK DALAM-DALAM

Ye. Lepas 5 minit dalam buai. Terus lena. Aku pun perlahankan selawatku sambil tenung anak dalam-dalam..

Dia merengek sebab dia tahan mengantuk. Nak tunggu ibu dia balik dan main puas2. Jangan ingat kita je sayang anak. Anak tu pun hanya taw sayang mak ayah dia je.

Tu lah anak..

Ada org xde anak.
Ada org lambat dapat anak.
Ada org banyak komplikasi nak dapat anak.
Ada org anak sakit.

MENGALIR AIR MATA INGAT ANAK

Aku ?..

Dulu xde anak. Aku nak anak. Bila ada anak aku marah2 nak rehat.

Ada anak ni bukan semua indah. Dan semua yang nak jadi ibu bapa perlu taw. Xde istilah rehat, privasi, nak pakai lawa2, nak ruang, nak tu.. nak ni.. duit pun bajet2..

Tapi, aku x sunyi. Aku belajar sabar. Simpan duit. Jadi insaf ( sikit je la). Semua bila ada anak..

Mengalir air mata ingat anak. Sekarang ni masa dia nak main dgn aku. Satu hari nanti, dia ada kawan, lepas tu, dia kawin ..tinggal la aku dengan masa2 yang terbuang..

Kawan2.. hargai anak anda. Luangkan masa sementara Allah pinjamkan dia. Anda fikir kehilangan mak ayah tu sedih?. Bayangkan kehilangan anak..

Sumber: Cikgu Nurnadiah Kamarudin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...