loading...

Bayi Dalam Perut Waktu Tidurnya Tak Lebih 90 Minit. Lebih Dari Itu Jangan Bertangguh!

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali pertama adalah detik sangat mengujakan. Kebanyakan wanita hamil akan rasa pergerakan bayi ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan.

Bagaimanapun jika kandungan pertama, mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Gerakan menendang atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa disedari sebenarnya pergerakan bayi. Bayi bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi akan mempunyai masa ‘tidur’ dalam jangka masa 30 minit dan tidak lebih 90 minit.

Biasa jika terlalu sibuk dengan kerja seharian, mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi. Paling penting kena sentiasa peka pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.

5 SEBAB BAYI ANDA KURANG AKTIF HARI INI!

Rutin Tidur Bayi
Bayi dalam kandungan biasanya ada rutin tidur. Sama la macam kita kan. Kebiasaannya bayi tidur dalam 20-40 minit, dan tidak lebih daripada 90 minit. Masa tidur, memang bayi akan kurang bergerak. Kalau perasan la, semakin kita sibuk dan aktif bergerak, bayi akan semakin kurang bergerak. Ini adalah normal. Tapi jika ibu risau akan keadaan bayi, segera hubungi doktor anda ok!

Kekurangan Nutrisi dan Stress Semasa Hamil
Perasan tak, emosi dan keadaan fizikal ibu sangat mempengaruhi pergerakan bayi? Kalau ibu stress, anak dalam kandungan pun akan kurang aktif. Sebab hormon yang dikeluarkan oleh ibu yang sedang stress akan mempengaruhi pergerakan bayi. Haa baru tau ke?
Selain itu, ibu-ibu yang kekurangan air dan sedang berpuasa juga akan membuatkan bayi kurang aktif dalam kandungan. Sebab tu ibu hamil digalakkan minum air kosong banyak. Jika berpuasa, semasa sahur, pastikan ibu mengambil makanan yang boleh menjadi sumber tenaga seperti KURMA dan lain-lain.

Air Ketuban “Leaking”
Ada sesetengah kes berlaku air ketuban ibu leaking sebelum masanya. Leaking atau bocor ini kadang-kadang agak bahaya sebab kita tak perasan. Kita sangka kan hanya air kencing biasa. Bila leaking, air ketuban tak keluar dengan banyak sekaligus, tapi akan keluar sedikit-sedikit. Jadi sebab itu ibu kena selalu pantau pergerakan bayi.

Placental Abruption
Salah stau kemungkinan serius yang berlaku ialah “Placental Abruption”, situasi di mana placenta atau uri terpisah dari dinding rahim. Jika ini berlaku, situasinya adalah sangat serius dan akan menyebabkan bleeding. Situasi ini kadang kala berlaku bila si ibu terlampau lasak dan aktif semasa hamil atau mengalami tekanan perasaan yang mendalam yang boleh memberi kesan kepada kandungan.
Dalam sesetengah kes, bila berlaku placental abruption, bayi akan terputus bekalan oksigen dan darah dan boleh menyebabkan kematian. Pantau pergerakan bayi ye ibu-ibu.

Fetal Hypoxia
Biasa dengar tak tali pusat terbelit? Haa itu antara punca utama yang menyebabkan Fetal Hypoxia ini. Ia berlaku bila tali pusat yang membekalkan oksigen kepada bayi telah terbelit dan menyebabkan bekalan oksigen terputus. Situasi ini boleh menyebakan kesan jangka panjang kepada perkembangan otak dan tumbesaran bayi.

Sumber: Klinik Dr Asmah

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...