loading...

11 Tahun Bakat Mekap Taraf Profesional, Iris Kongsi Cerita Dalam Pa&Ma TV

Baru berusia 11 tahun, tapi solekanya umpama hasil kerja jurusolek artis 9 (MUA), hinggakan rata-rata nitizen tak percaya empunya diri itu masih lagi di sekolah rendah.

Membuat video secara rakaman mahupun penstriman langsung di laman sosial, budak perempuan tersebut pandai mekap seperti jurusolek profesional.

Menerusi beberapa gambar dan video yang tular, wajah adik ini kelihatan lebih matang seperti gadis selepas disolek dan tidak kekok bergaya di hadapan kamera.

MULA SEJAK 8 TAHUN

Kanak-kanak tersebut, Nurul Iris Nasyilla Khairi berkata, dia sebenarnya mula berjinak-jinak dengan solekan sejak usianya lapan tahun.

Lebih mengejutkan lagi, dia yang mesra dengan panggilan Iris ini memberitahu dia belajar bersolek sendiri daripada video di laman sosial You Tube.

“Saya belajar mekap sendiri daripada YouTube. Saya bersemangat nak bersolek bila tengok video yang dibuat oleh seorang MUA, Kak Bella (Nor Nabilah Zulyadaini).

“Ibu saya tak suka mekap tapi dia sentiasa menyokong minat saya. Saya pernah solekkan ibu untuk pergi kenduri kahwin,”katanya.

Iris yang menetap di Simpang Ampat, Pulau Pinang berkata, dia masih terkejut dan tidak menyangka videonya membuat toturial solekan menjadi tular.Anak sulung daripada tiga adik beradik ini berkata, dia mula membuat video solekan setahun lalu sekadar minat dan hobi bagi mengisi masa lapang.

MULA SEKADAR SUKA-SUKA

“Saya bersolek sekadar suka-suka.Tapi bila dah ‘viral’ banyak tawaran yang saya terima. Saya jadi gementar sebab ramai yang nak saya solek untuk bakal pengantin.

“Memang saya pernah solek orang lain selain ibu sebelum ini, tapi kebanyakkannya untuk ke kenduri kahwin, bukannya mekap pengantin.” Kata murid Sekolah Kebangsaan Tasek Permai di Simpang Ampat, Seberang Perai ini. Iris juga menyatakan dia bersedia untuk menyolekkan bakal pengantin sekiranya diberi peluang.

Iris yang bercita-cita untuk menjadi guru mahu mengasah bakatnya dalam solekan. Bagaimana pun tawaran itu hanya diterima sekiranya dibuat pada cuti sekolah kerana enggan minatnya itu mengganggu pelajaran.

“Ibu dan ayah beri sokongan kepada saya tapi mereka nasihatkan apapun kena utamakan pelajaran. Sebelum bersolek, saya kena pastikan dah buat kerja sekolah dan solat terlebih dahulu,” katanya yang meminati subjek Sains.

Bagi anda yang ingin mengetahui kisah terkini Iris dan bagaimana ibunya mengawal dan mendidik, boleh ikutinya dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara Sabtu, 3 Ogos 2019 jam 11 pagi di Astro Prima & Astro Prima.

Sumber: mstar.com.my

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...