loading...

Menanti Selepas 10 Tahun, Adam Corrie Syukur Dapat Sambut Birthday Pertama Fateh

Sekejap je dah setahun anak kepada pelakon Adam Corrie iaitu Adam Fateh Lee. Rasa macam masih baru lagi Adam Corrie bergelar seorang bapa selepas dia tak berputus asa berusaha dan berdoa.

Mengimbau kembali detik kelahiran cahaya mata tersebut pada 11 Julai tahun lalu, pelakon yang sering membawa watak antagonis itu dan isterinya, Fazema Fuad menanti selama 10 tahun untuk menerima zuriat pertama mereka.

“Alhamdulillah. Kenangan setahun yang lalu.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ketika itu dapat dukung Fateh. Penantian selepas 10 tahun. Sabar itu indah,” tulisnya di laman Instagram.

Sebelum kehadiran Fateh dalam keluarga Adam Corrie dan isteri, dia juga pernah menitipkan doa dan harapan untuk Fateh menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.

Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.

“ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula,” kongsinya.

Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.

“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

“Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

“Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat.  Dan luaskanlah rezeki.  Dan jadikanlah bagi manusia yang  selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH,” zahirnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka  yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.

“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga,” katanya.

Bagi meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, pelakon berusia 50 tahun itu turut mengadakan majlis hari jadi yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.

Berikut antara koleksi gambar yang dikongsi di Instagram rasmi anaknya sepanjang berlangsung majlis tersebut.

Sumber: ig Adam Corrie Lee & Adam Fateh Lee

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...