Memang seronok pandang muka baby baru lahir yang comel. Masa pandang tu rajinlah bercakap dengan anak walaupun mereka tak faham lagi.
Ini petua anak cepat cakap yang diajar oleh Speech Therapist atau Jurupulih Pertuturan, Ruby Atika yang berkongsi caranya bercakap dengan bayi baru lahirnya.
Ibu ayah lain yang baru dapat anak bolehlah ikut cara beliau ini. Ia penting sebagai satu cara untuk merangsang anak cepat bercakap.
1) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Baby Nisa’ baru 34 hari. Dia belum bercakap. Dia cuma tau nangis, susu, tidur, berak dan urusan-urusan penting sebagai seorang bayi.
Walaupun dia tak reti cakap, tapi saya tetap bercakap dengan dia pada waktu-waktu yang dia berjaga.
Dia dah ada eye contact. Matanya dah ikut pergerakan saya. Jadi saya buat suara yang pelbagai intonasi.
Selalunya saya juga takde idea nak cakap apa. Sebab dia cuma pandang saja muka saya.
Tapi saya tetap bercakap. Apa-apa saja. Menyanyi atau berzikir. Membaca buku pun dalam BM dan BI.
Saya tidak mengajar dia bercakap. Saya hanya nak dia dengar saja. Dengarlah wahai anakku.
2) Siri Bercakap Dengan Bayi
Saya guna intonasi yang pelbagai dengan gaya bahasa keibuan yang memanjakan bayi.
Tidak pelat. Tapi berirama dan macam rhyme / pantun sikit.
“Sayang umi sayang, sayang umi Nisa”
Ayat pendek. Perkataan berulang-ulang.
Saya rajin buat urutan bayi (walaupun saya sendiri belum berurut). Sambil urut, saya cakap.
‘tangan yang rajin’ ‘kaki yang kuat’ ‘perut yang sihat’
‘telinga yang tajam’ ‘hidung yang mancung’ ‘pipi yang comel’
ni contoh saja…boleh juga masukkan unsur-unsur Islamik.
Saya juga menyebut sukukata tidak bermakna. Tapi dengan intonasi naik turun dan panjang pendek. Saya hanya mahu dia mendengar.
3) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Mudah saja. Tapi raaaamai yang lupa nak buat. Realitinya, ada ibu-ibu di luar sana yang tak bercakap dengan bayi. Cakap sikit-sikit saja, sudah. Balik-balik panggil nama atau zikir-zikir suruh tidur.
Ada yang ralit dengan handphone. Ada yang ralit tengok tv. Saya juga ralit tengok cerita Korea. Banyak dugaan masa berpantang. Terutama online shopping. Laju ja..
Tapi bila kita faham, ada kesedaran tentang pentingnya merangsang bahasa anak sejak bayi, kita cepat-cepat tutup handphone. Nanti bila baby tidur, sambung tengok korea / shopping.
Masa sesi penilaian, ada ibu-ibu yang mengaku, dia tak tau nak cakap apa dengan anak dia. Kenapa jadi mcm tu? Sebab tak berlatih.
Bagi ibu-ibu introvert, yang memang pendiam dan jarang membebel, anda kena berlatih untuk bercakap dengan anak. Lama-lama kekok tu akan berkurangan.
Selagi anda rasa kekok bercakap dengan bayi, selagi tu anda kena banyak berlatih.
4) Siri Bercakap Dengan Bayi
Bermain dgn “silly sounds” ialah aktiviti yang boleh dibuat semasa baby berjaga. (Masa tidur, bialah dia tidur, jangan kacau)
Ba ba ba…buuuu…..
chu chu chu….beep beep….
Tit tit tit…..bum bum!
Lihat reaksi anak. Pandang matanya.
Anda juga boleh buat “raspberries” atau sembur bibir yang mcm budak-budak selalu buat tu atau boleh juga buat bunyi “clicking” macam cicak tu.
Ni pun nak kena habaq, sebab ramai ibu-ibu muda yang blur sungguh. Yang ibu-ibu tua pun blur juga, anak-anak dia dah besar, dia lupa dah cara nak main dengan baby.
5) Siri Bercakap Dengan Bayi
Kalau dah tak tau sangat nak cakap apa, pergi ambil buku/quran, baca. Senang. Baca je.
Jangan fikir pasal dia faham ke tidak.
Kita cuma nak dia mendengar.
Pada umur baby ni, sel-sel dalam koklea dia baru nak mula diaktifkan. Dia dengar semua bunyi, semua jenis bahasa.
Dia belum boleh kod atau mengecam bahasa yang dia familiar. Macam kita, orang dewasa, jika kita tak pernah dengar bahasa jepun, kita tak boleh nak dengar betul-betul bunyi-bunyi pertuturan tu.
Kita rasa….macam bunyi bercampur dan tak dapat dibezakan apa pun.
Bagi bayi, dia mendengar semuanya. Makin banyak jenis bahasa yang kita dedahkan, jenis bunyi pertuturan yang kita dedahkan, makin banyak sel-sel dalam koklea tu, diaktifkan.
6) Siri Bercakap Dengan Bayi
Menyebut kata-kata positif.
“Nisa yang baik hati”
“Nisa yang rajin, rajin belajar”
“Nisa yang pandai, pandai mengaji”
“Anak solehah, yang terang hati”
Cakap dengan intonasi berlagu ala-ala pantun.
Cakap apa saja harapan anda.
“Belajar rajin-rajin, masuk universiti”
“Ramai kawan, selalu disayangi”
Kata-kata ibu ialah doa. Jadi selain kita merangsang anak mendengar, kita juga mendoakan anak sentiasa.
7) Siri Bercakap Dengan Bayi
Apabila anak telah berusia sebulan lebih, atau menghampiri 2 bulan, dia punya pandangan mata sudah lebih baik.
Mata dia boleh ikut pergerakan kita. Mata dia juga mencari dan melihat dari arah suara kita memanggil. Bila kita cakap, dia sudah mula ada eye contact.
Ya, seawal 2 bulan. (walaupun Nisa belum genap 2 bulan, tapi kita anggarkan umur 2 bulan)
Maka, ini ialah permulaan kepada wujudnya interaksi 2 hala. Kita cakap, tunggu dan lihat respon dia. (Nisa dah boleh senyum bila diagah).
Ada masanya dia aktif, goyang tangan kaki, bila kita cakap dengan dia, terus dia stop dan tumpu pada muka kita.
Ini ialah asas turn taking semasa komunikasi.
Kemudian bila dia bersuara, kita stop dan buat muka terkejut, lalu tiru bunyi suara dia tadi.
Asas sangat benda ni. Jika saya bukan ST, nescaya saya tak heran pun. Tapi sebab saya ST dan hari-hari jumpa budak yang tak ada interaksi 2 hala, maka saya rasa sujud syukur kepada Allah apabila melihat kemahiran-kemahiran ini pada Nisa.
Sumber: Ruby Speech Therapy