loading...

Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang. Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

Tabiat suka suap makanan pada mulut anak orang lain mungkin dianggap perkara biasa di kalangan masyarakat. Tapi awas sebab ia ada kesan buruknya.

“Comelnya anak kau ni. Geram aku. Takpe kan aku bagi dia sikit kek ni. Kesian pulak tengok dia telan air liur.”

Bila berkumpul bersama sanak-saudara dan sahabat handai di musim perayaan, ramai yang suka dukung bayi atau kanak-kanak.

Muka comel mereka pasti mengundang geram ramai orang. Dalam masa yang sama, ramai yang suka suap anak orang lain apa sahaja makanan tanpa merujuk kepada ibu bapa si kecil.

Memang niat anda sangat baik kerana hendak memberi si kecil tersebut makanan tetapi tindakan tersebut sebenarnya boleh mengundang kesan buruk. Kenapa?

Seorang pakar pemakanan, Encik Faizal MS ada berkongsi sebabnya dalam laman facebook beliau. Semoga lepas ini, ramai yang lebih peka dan tak mudah ‘sentap’ bila ibu bapa anak kecil yang comel itu tidak membenarkan anda menyuap anak mereka sebarang makanan atau minuman.

ASAL NAMPAK COMEL JER, MESTI NAK SUAP!

Comel kan tengok budak-budak kecik dan baby-baby atas dukung mak ayah, merangkak-rangkak, bertatih-tatih atau jalan terkedek-kedek datang beraya?!

Tapi..tapi..

Yang tak berapa comelnya bila ada satu tabiat segelintir daripada kita yang suka menyuap si kecil ini. Lemang, ketupat, rendang, kek, satey, air manis, minuman berkarbonat, sosej, nugget, coklat, aiskrim, tapai.. pendek kata, habis semua benda mahu dimasukkan ke dalam mulut mereka. Asal nampak comel jer, mesti nak suap!

Tahukah kita bahawa perut anak-anak kecil ini (terutamanya bawah 1 tahun) sangatlah sensitif kerana sistem pencernaan dan penghadaman mereka masih belum ‘matang’ sepenuhnya lagi?

Ditambah lagi dengan sejarah perubatan seperti lahir tidak cukup bulan (premature baby), penyakit jantung, asthma, alergik, eczema, inborn error metabolism (IEM) dan sebagainya, meningkatkan lagi risiko bahaya (seperti kerosakan gigi, rashes, sesak nafas, diarrhea, muntah-muntah, dehydration, leaking gut, nephrotic syndrome dll) dek kerana apa yang disuapkan kita kepada mereka.

Dengan alasan “alah, sikit je kot!”..sikit memang sikit tapi dah yang jumpa budak tu semuanya datang nak suap-menyuap, tak ke jadinya banyak?; “kesian tengok budak tu teliuq!”..kesian memang kesian tapi janganlah kesian tak bertempat; “alah, mak bapak budak tu tak kata pape pun!”..memanglah tak kata apa-apa, sebab mereka nak jaga hati kita; “niat baik kot.. dulu-dulu pun mak-ayah diorang, aku jugak yang suapkan. elok-elok aje jer tu, tak jadi pape!”.. memang tiada siapa pun kata kita jahat tapi niat tidak menghalalkan cara dan tak semua kanak-kanak atau bayi sama sahaja keadaannya.. Facepalm sungguh dengan orang yang ada seribu satu alasan ini.

Hentikan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelakuan ‘tak senonoh’ itu. Kasihani anak-anak kecil ini dengan membayangkan dirinya menangis-nangis tidak dapat tidur malam atau terlantar sakit di katil hospital.

Dan ingatlah.. jikalau apa-apa yang berlaku kepada anak-anak syurga ini, mahukah kita bertanggungjawab terhadap apa yang ditanggung mereka dan keluarga mereka?

Sekiranya mahu suap juga (bagi kanak-kanak yang melebihi 1 tahun), tanyalah dahulu ibu bapa anak kecil ini. Ambil tahu apa yang boleh dan tak boleh dimakan, diminum mereka agar perkara yang tak diingini tidak terjadi.

Kasihanilah mereka, sayangilah mereka.

#CommonSense
#BeResponsible
faizalMS
Dietitian,
Hospital USM.

Sumber: Facebook Hagemaru Flyingfox

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...