loading...

“Cepat Mandi Kalau Tak Ibu Cubit Nanti”, Tak Habis-Habis Ugut Anak, Awas Bahayakan Emosi Anak!

Kita selalu merasakan ugutan kecil pada anak sebagai jalan untuk melancarkan semua perkara remeh. Walhal sebenarnya ugutan berbentuk remeh inilah yang membahayakan emosi anak kecil kecil kita. Malah paling teruk, ia memberi kesan kepada emosi anak di masa hadapan. Lama-lama anak jadi tak kisah dan tak ambil peduli. Bahaya!

Menurut Ibu Rose-Mesejnya Kasih, ancaman dan ugutan kecil ini sebenarnya memberi banyak kesan kepada si kecil anda. Malah ia satu pendekatan yang membahayakan emosinya.

Ugut Dan Ancam Anak


“Cepat mandi, kalau tak, ibu cubit”

“Masuk sekarang, kalau tak ibu kunci pintu”

“Pergilah ikut kawan tu, jap lagi tak boleh ikut ibu”

Wahhhhh…ugutt anak je memanjang. Tapi, sebenarnya ia satu pendekatan yang membahayakan emosinya. Kenapa saya kata macam tu? Dengan ugutan ni, anak sebenarnya tiada pilihan ketika itu, dia masih kecil dan tiada kemampuan bertindak sendiri.

Bagi anak yang kecil, mereka akan menyerap segala tindakan kita pada mereka dan akan mengeluarkan sikap atau kata-kata yang sama kemudiannya. Bukankah, anak peniru yang hebat, terutama dari orang yang terdekat dengannya.

Kalau kita selalu je ugut anak, tak mustahil anak juga akan mengugut adik-adiknya yang lain. Silap-silap, kita pun kena ugut sekali. Kalau tetiba tengok adiknya kena ugut, haaa…cepat-cepat muhasabah diri. Siapa yang mula dulu?

Emm…tak ugut bukan bermakna kita lemah, kena ikut je kehendak anak. Ugut alternatifnya adalah ganjaran atau beri pilihan.

Contohnya :

Ugut : Mandi cepat, kalau tak mandi tak boleh ikut.

Ganjaran : Adik, jom mandi, kalau adik mandi adik boleh ikut. Adik nak ikut ibu kan. Jom mandi.

Beri pilihan : Adik nak mandi sekarang atau 5 minit lagi?

Bagi anak yang berada pada fasa individuating pula kalau kita minta sesuatu tetiba dia menjawab, “tak nak atau biarlah”, konsep yang sama kita gunakan.

Beri didikan pada anak, beri sebab yang jelas dan berikan pernyataan. InsyaAllah, anak akan lebih banyak belajar dan dengan cara itu berbanding mengugut yang sememangnya ‘short cut’ tetapi akan jadi ‘long cut’ pada masa depan.

Contoh anak di fasa individuating :

Ibu : Adik, jom mandi.
Adik : Tak nak.
Ibu : Jomlah mandi, kalau tak mandi nanti busuk.
Adik : Biarlah.
Ibu : Biarlah apa adik?
Adik : Biarlah busuk.
Ibu : Adik, kalau adik tak mandi, adik busuk, badan melekit, lalat pun suka, nanti orang pun tak suka kawan kalau busuk ni.(Beri sebab)
Adik : Kalau mandi?
Ibu : Kata Rasulullah, kebersihan itu sebahagian dari iman. Jom mandi. Kalau mandi, badan adik bersih, sihat, wangi, Allah dan rasul pun suka orang yang bersih dan wangi ni. Adik pun dapat pahala. (Ayat penyata dan ganjaran)
Adik : Okaylah.
Ibu : Wah..macamtulah anak ibu. Gembiranya Ibu adik nak mandi. Allah dan Rasul pun mesti bangga sebab adik buat apa yang Allah dan Rasul suka. Mandi dan jaga kebersihan diri. (Puji perbuatannya)

Itu satu cara untuk kita ajak anak kecil mandi, ada juga ketikanya yang dia tetap tak mahu mandi.

It is okay. Kita boleh biarkan dia tetap tak nak mandi, dan biar dia rasa kesannya tak mandi. Ada juga keadaan yang kita perlu angkat saja anak tu dan bawa masuk mandi. Masa mandikan anak tu, terus je ceritakan kenapa kena mandi, supaya dia faham kenapa kita tetap bawa dia ke bilik mandi dan mandi.

Semoga perkongsian ni, memberi manfaat pada semua.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...