loading...

“Jangan nangis, korang kene kuat untuk aku” – Video Sebak Pesakit Tumor Otak Mohon Sumbangan Doa Agar Kuat Lawan Sakit

Bukan semua orang bertuah dikurniakan kesihatan dalam kehidupan mereka, ada yang diduga dengan penyakit di usia muda.

Tak tahan sebak rasanya bila melihat dugaan berat yang dihadapi oleh Awist Kharnie Bin Nasarudin ni. Dia menghidapi tumor di dalam kepalanya, dan menurut rakannya Sara Hani, keadaan Awist kini semakin melarat.

Mula-mula sakit gigi, lepas cabut makin meleret 

Pada mulanya Awist terkena Bell’s Palsy dan dari hari ke hari dia menjadi semakin lemah. Kemudian masa dah buat check up didapati ada tumor di dalam kepalanya.

Tidak boleh makan, sebelah penglihatan dan pendengarannya terganggu, sampai nak makan pun, makanan kena dikisar dan sedut guna penyedut, Allahuakbar.

Malah kalau nak tidur pun kena tutup matanya pakai kain, kerana matanya tak boleh nak tutup sangat.

Boleh dikatakan hari-hari Awist ulang alik ke hospital. Family dia dah cuba macam-macam cara dan masih tak putus asa untuk berikan yang terbaik buat anaknya.

Doktor masih mencari solusi terbaik untuk buang tumor

Terbaru, dipindahkan ke ICU

Jangan nangis, korang kene kuat untuk aku, doakan aku”

Ya allah sebaknya tengok video dia, dia kini memerlukan sokongan dan dorongan semangat daripada kawan-kawan. Sama-samalah kita doa kan dia agar cepat pulih dan kuat lawan sakit.

Previous
Next Post »
loading...