loading...

“Ingatkan Lepas Bersalin Kena Fokus Baby Sebab Nampak Wife Okay, Rupanya Saya Silap”- Hafiz

Bermula daripada proses kehamilan sehinggalah kelahiran memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Kadang-kadang tak ramai yang faham tahap kepenatan ibu hamil dan juga ibu berada dalam pantang. Ditambah pula dengan emosi yang kadang-kadang kurang stabil akibat fizikal yang penat.

[Baca: Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin]

Hafiz Mahamad, insta famous dan juga ahli perniagaan berkongsi pengalaman pertamanya bergelar seorang ayah. Menjadi seorang ayah buat pertama kali dalam hidup bukan sesuatu yang mudah kerana banyak ilmu tentang keibubapaan yang belum dipelajari sepenuhnya.

Dia yang mendirikan rumah tangga bersama isteri, Syafiqah Aina baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 24 june yang lalu seberat 3.39kg secara normal dan diberi nama Raisya Arisa.

Harini rasa bersalah pula dengan wife & diri sendiri

Saya ingat, selepas bersalin. Yang kena focusnya baby sebab saya tengok wife macam okay. Baru saya faham, luar nampak okay tapi dalaman wife sahaja yg tahu

Saya ingatkan, saya jaga baby dah okay. Malam bangun panaskan susu & sbgnya. Tapi ada satu malam saya terjaga tengok wife “breast pump” sampai tertidur tidur. Saya tak perasan kalau Aina bangun, Aina kalau dia penat ke apa dia tak cakap, tapi saya tau dia lemah lagi siang malam

Semalam pulak, dia kena bengkak susu. Saya ingatkan, keluarkan jela susu tu then should be ok. Rupanya tak, kena amik masa. Haih la Ya Allah kuatkan isteriku.

Saya ada baca tips, husb & wife kena ada shift untuk jaga baby siang malam. Tapi saya rasa tips tu tak berguna untuk saya. Saya & Aina kena faham each other dengan lebih kuat lagi

Sepanjang Aina pregnant, saya takpernah missed teman dia checkup sampailah ke labour room. Saya ingatkan pengorbanan saya dah kuat & balance, rupanya tidak. Saya baru usaha 5%, yg kuat siang malam itu Aina. I’m so sorry @syafiqahaina

Anak adalah anugerah, isteri juga adalah hadiah. So saya bersyukur dapat isteri yg kuat macamni. I love you so much @syafiqahaina

@raisyaarisa besar nanti jadi budak pandai, budak kaya, budak solehah. Jaga mummy awak baik baik okay sayang

Okay harini kita kasi tukar, Daddy buktikan yg saya boleh kuat macam dia @syafiqahaina

Rata-rata netizen menasihati agar Syafiqa meneruskan penyusuan secara terus semasa dalam pantang dan elakkan mengepam susu kerana penyusuan secara terus lebih memudahkan si ibu dan bagus untuk menghasilkan susu yang banyak. Hafiz juga dinasihati agar membawa isterinya mendapatkan ilmu bersama pakar laktasi agar penyusuan tidak menjadi sesuatu yang membebankan.

mimieeeeesalleh: Breast bengkak dlm pantang ubatnya bukan pam. Lg aina pam, lg akan bengkak. Sebab badan dpt isyarat nak extra susu. Aina belajar marmet, perah guna tangan utk kurangkan sakit tu. Lepastu kerapkan direct feeding 1jam sekali siang @ malam. Hisapan baby tu adalah hisapan yg terbaik utk keluarkan susu yg paling dalam. P am tu function dia utk keluarkan susu bila baby xde dgn mak. Bila anak depan mata, dahulukan anak.

fatimahsuhaidasam: sy pun dlm pantang.. suami kena tau emosi isteri sgt teruk waktu pantang, lebih2 lagi kalau suami buat tak tahu je.. so suami kena selalu ambik tahu pasal isteri, tanya apa keperluan dia sepanjang dia berpantang, makan minum on time, tak bole lewat..spy perut tak masuk angin.. jgn buat isteri sedih dlm pantang.. kalau bole pastikan selalu ada dgn isteri terutama sekali time anak meragam.. jgn suami lena tido, tp isteri terkapai2 uruskan anak seorang diri…cuba bantu isteri selagi mana mampu.. jd suami dan ayah memang kena struggle sbb isteri mmg makhluk Allah yg pelik

diah.anje: Anak masih bayi lebih baik direct breastfeeding..baby akan lebih puas..ibu pun lebih puas n nikmat bila susu tue laju ngalir ke mulut baby..selang 2 jam baby sendiri akan merengek nak susu..gilirkan kiri kanan utk setiap 2 jam..cari tukang urut yg betul2 boleh urut depan belakang badan utk pengaliran susu yg lancar..makan pun kena kenyang lah bagi susu byk n pekat..minum air cukup juga penting..

Sumber: Hafiz

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...