Fiji bukanlah pasukan yang gah dengan bola sepak. Negara yang lebih dikenali dalam sukan ragbi ini berada di ranking ke 165 dunia manakala skuad Malaysia berada di ranking ke 171.
Dalam perlawanan yang baharu sahaja tamat sebentar tadi skuad negara berjaya menumpaskan pasukan Fiji dengan keputusan 1-0 di Stadium Cheras. Gol tunggal pasukan negara dijaringkan oleh Shafiq Ahmad yang menerima lorongan dari Syazwan Zainon pada minit ke 20.
Perlawanan tersebut dikuasai oleh pemain Malaysia namun lebih banyak berlegar di bahagian tengah. Kecederaan Shafiq Ahmad menambahkan lagi ketumpulan barisan serangan negara selepas dikeluarkan akibat pelanggaran dengan penjaga gol Fiji sejurus jaringan dilakukan.
walaupun terdapat beberapa serangan oleh skuad Malaysia namun banyak hantaran yang sering terkandas dan tidak tepat. Cuma satu peluang terbaik oleh Wan Zack Haikal yang tidak disahkan selepas berada dalam kedudukan offsaid pada separuh masa kedua. Di separuh masa kedua, pasukan Fiji lebih banyak menguasai bola cuma ketumpulan mereka juga hampir sama dengan skuad negara.
Kemenangan ini mungkin sedikit sebanyak mampu menaikkan kembali ranking skuad Malaysia namun masih terlalu banyak yang perlu diperhatikan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe bersama teamnya.
Mungkin juga ketiadaan beberapa pemain utama seperti Ahmad Hazwan Bakri, Zaquan Adha merencatkan percaturan dibarisan hadapan. Begitu juga dengan barisan pemain Selangor dan Pahang yang tidak disenaraikan kerana mereka perlu bersedia dalam Perlawanan Akhir Piala FA namun perancangan tetap perlu dilakukan. Barisan pemain perlu mendapat keserasian yang lebih . Kalau dilihat banyak hantaran pendek yang terlalu lemah dan mudah dibaca pasukan lawan. Hantaran tak sampai kepada rakan juga menyebabkan banyak kali serangan skuad negara mudah dipatahkan. Nasib baik lawan yang ditemui kali ini tidak kuat. Bayangkan kalau aksi sebegini ditampilkan menentang pasukan yang lebih kuat , pasti skuad negara akan dihukum dengan jaringan. Ini perlu diambil perhatian oleh semua yang terlibat samada pemain-pemain ini sudah cukup bersedia atau tidak bagi mewakili pasukan negara.
Kredit kami berikan kepada Nazmi Faiz, Adam Norazlin yang bertindak baik namun ia belum mencukupi kalau ingin bersaing dengan pasukan yang lebih baik sekaligus dapat menambah mata dalam ranking.
Walaupun Ligakampung.com kecewa dengan prestasi para pemain namun keputusan ini mungkin memberikan motivasi kepada para pemain untuk kembali bangkit dalam perlawanan seterusnya.