Mulut bayi paling mudah dijangkiti kuman jika tidak dibersihkan. Mulut bayi perlu dibersihkan dengan kerap supaya sisa susu hilang. Jika tidak dibersihkan ia juga boleh menyebabkan mulut berbau dan dijangkiti kulat susu. Ikuti langkah ini!
Sebelum menyusu, ibu-ibu perlu membasuh tangan dan puting kerana bayi mudah dijangkiti kuman.
Langkah demi langkah bersihkan mulut bayi:
1. Ambil kain yang bersih, sama ada kain lampin, kain tuala yang nipis, kain kasa atau pun gauze.
2. Basahkan kain dengan air suam, air jangan terlalu panas atau sejuk.
3. Pegang atau pangku bayi dengan kemas. Kalau boleh bedung bayi supaya bayi tak bergerak.
4. Support leher dan kepala bayi supaya lebih mudah bersihkan mulut bayi dan senang buka mulut bayi
5. Perlahan-lahan, masukkan kain yang basah tadi ke dalam mulut bayi dengan gunakan jari telunjuk
6. Mulakan dengan bersihkan di bahagian atas gusi dan celah pipi
7. Kemudian, ambil bahagian kain yang lain dan basahkan lagi untuk bersihkan bahagian lelangit bayi
8. Bersihkan lidah agak mencabar, sebab lidah paling banyak ada selaput putih dan anak mudah termuntah bila bersihkan lidah
9. Akhir sekali, bersihkan bibir dan hujung bibir dengan air suam
Video Cara bersihkan mulut bayi
Jangan lupa peluk dan cium anak selepas bersihkan mulut anak. Ingat, peluk dan cium adalah REWARD berharga untuk anak
Sumber: Dr. Izaza Mohd Zan