loading...

Terdedah Orang Ramai Ainul Berisiko Kena Jangkitan, Bapa Bakal Bawa Balik Secara Rahsia

Ainul Mardhiah kesayangan semua. Rupanya semakin hampir dengan waktu kepulangannya ke Malaysia. Bapanya mengesahkan akan membawa si kecil ini pulang secara rahsia bagi mengelakkan jangkitan.

MAMA & WALID SEDANG BUAT PERSIAPAN PULANG

Mengulas mengenai perancangan buat anak kesayangannya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan yang si kecil itu akan dibawa pulang ke tanah air secara senyap.

Bapa berusia 24 tahun ini juga turut memberitahu, dia bersama-sama isterinya, Nurul Erwani Zaidi sedang melakukan persiapan untuk membawa anak mereka itu pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

KEPUTUSAN ATAS NASIHAT DOKTOR

Menurut Ahmad Safiuddin, keputusan tersebut dilakukan atas nasihat daripada doktor memandangkan Ainul masih dalam peringkat penyembuhan selepas pembedahan.

Bagi mengelakkan suasana sesak dengan orang ramai di lapangan terbang yang  mungkin mendedahkan Ainul kepada sebarang kemungkinan yang memudaratkan, tarikh kepulangan akan dirahsiakan.

“Tarikh tidak akan diberitahu atas nasihat doktor di sini (London) sebab takut ramai akan tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti,” katanya.

BADAN MASIH BELUM KUAT

Ahmad Safiuddin juga turut memberitahu kepulangan secara senyap-senyap ini adalah kerana Ainul masih dalam peringkat penyembuhan. Justeru, dalam peringkat ini tubuhnya tidak kuat menangkis jangkitan. Beliau juga turut berharap orang ramai memahami keadaan ini.

“Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.

“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

“DAH READY KE KAKAK”

Sebelum ini Ahmad Safiuddin terlebih dahulu memuat naik gambar anaknya di Facebook  dengan kapsyen ‘Dah ready ke kakak (Ainul)’.

Status yang dimuat naik bapa ini kemudiannya mendapat 8,200 reaksi, 133 komen dan lebih perkongsian.

Si kecil Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.

Tahap kesihatannya terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

IBU HARAP SEMUA DOAKAN AINUL

Selain itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani turut berkongsi keadaan kesihatan Ainul dan mohon doa agar Ainul sentiasa sihat.

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Ainul sihat setiap hari. Doakan untuk Ainul sentiasa sihat ya. 

Beberapa hari lalu, ibunya Nurul Erwani berkongsi Instastory turut berkongsi ucapan terima kasih dan meminta maaf kerana tidak membalas setiap semua direct message yang dihantar menerusi Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Ibu ini mengakui perjalanan Ainul masih jauh dan memohon semua mendoakan Ainul Mardhiah.

Sumber: Harian Metro, Ahmad Safiuddin & _nrlerwani

Artikel berkaitan: [Pandai Geleng Kepala & Gosok Mata, Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi] [Doktor Beritahu Ainul Tak Perlu Pembedahan Susulan. Tahap Kesihatannya Makin Baik]

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...