loading...

S Sivasangari rangkul gelaran ke 11

Pelapis Datuk Nicol David, S.Sivasangari semakin hampir untuk menampilkan aksi untuk menjadi ratu skuasy negara terbaharu.
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya merangkul gelaran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang ke 11 selepas memenangi Terbuka Australia 2019.
Dalam kejohanan yang berlangsung pada Ahad di Bega Country Club, Australia itu, Sivasangari menumpaskan peman Jepun, Satomi Watanabe dengan keputusan 5-11, 11-9,11-9,11-9 dalam tempoh 39 minit. Ia pencapaian baik selepas beliau berjaya muncul naib juara pada tahun 2017.

Pemain Wanita Muda terbaik Tahunan 2017/18 PSA itu mara ke akhir menumpaskan peserta tuan rumah, Christine Nunn manakala Satomi pula menumpaskan seorang lagi wakil negara, Rachel Arnold pada perlawanan separuh akhir.
Kemenangan ini menjadikan beliau adalah pemain negara ketiga memenangi gelaran Terbuka Australia sejak kejohanan itu bermula pada tahun 1979. Datuk Nicol David pernah memenanginya pada tahun 2011 dan 2012 manakala Low Wee Wern memenangi Terbuka Australia pada tahun lepas.

Dalam acara lelaki, wakil negara Mohd Syafiq terpaksa akur kepada pemain Perancis, Victor Crouin dengan keputusan 8-11,5-11,4-11 dalam masa 22 minit.

Kredit Gambar : Twitter Shahrazad Sani

Previous
Next Post »
loading...