Isteri mengandung, suami yang alahan dan mengidam macam-macam. Orang kata jika suami yang mengalami simptom ini ia pembawakan budak.
Pelakon Wawa Zainal yang ketika ini sedang hamil mendedahkan suaminya, Aeril Zafrel turut mengalami alahan dan mengidam.
Menurut Wawa, dia perlu menyediakan beg pastik di dalam kereta kerana dia dan Aeril sama-sama akan mengalami mabuk.
“Apabila suami ni mabuk kita pula kesian. Tapi cara ini jugalah yang boleh buat suami faham apa yang isteri rasa ketika hamil,” katanya.
“Hahahaha plastik kena standby dalam kereta! kalau bukan Wawa yang muntah Aeril! kesian pun ada happy pun ada! rasa kan apa yang ku rasa korang ada pengalaman macam ni tak? suami yang mabuk,” tulisnya.
Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Wawa memuat naik video Aeril yang dipercayai sedang mabuk di dalam kereta.
Dalam video tersebut, Wawa sempat mengusik suaminya yang didakwa sedang mengidam
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan tersebut.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Mengandung Kali Ketiga Asyik Nak Tidur
Wawa juga mengakui mengandung kali ketiga ini, dia selalu nak tidur dan baring sepanjang masa berbeza ketika mengandungkan anak pertama dan kedua.
Rasa macam mengandung kali pertama setelah berehat hampir 4 tahun. Walaupun begitu, Wawa akui dia tak mahu layan sangat kerana banyak perkara nak kena selesaikan.
“Kadang-kadang perasaan ni tak boleh layan sangat. Selagi larat dan tak memudaratkan kesihatan buat macam biasa,” jelasnya.
Sumber: ig Wawa Zainal