loading...

Hamil Kali Ni Amyra Elak Layari Laman Sosial. Bimbang Mengidam Macam-Macam

Pelakon Amyra Rosli mengakui, sejak mendapat tahu dirinya hamil anak kedua, dia mengelak daripada melayari laman sosial kerana bimbang mengidam jika terlihat muat naik juadah yang menyelerakan.

Amyra, 28, yang kini mengandung lapan minggu berkata, dia baru sahaja memesan kek gulung berkrim dari Tawau, Sabah kerana teringin menikmatinya selepas melihat juadah itu di Instagram.

“Saya kalau boleh cuba mengelak daripada melayari Instagram kerana bimbang tiba-tiba mahu menjamah juadah yang sama seperti dimuat naik pengguna aplikasi itu.

“Bukan banyak pun saya makan, cuma lebih kepada teringin mahu menjamah, terutama pada tengah malam. Kata orang, cukup untuk melepas rasa di tekak.

“Baru-baru ini, saya meminta Amar menyediakan bihun bersama sos. Biarpun pelik, tetapi dia penuhi juga permintaan saya itu. Pernah sekali, saya begitu teringin mahu menjamah mi segera, walaupun hidangan itu tidak baik untuk wanita hamil selepas melihat orang lain menikmatinya di Instagram,” katanya.

Amyra berkata, biarpun selera makannya semakin bertambah, dia tidak mampu menjamah banyak kerana tekaknya kurang selesa selepas menikmati makanan.

“Alhamdulillah, biarpun ada alahan, ia tidak seteruk ketika saya mengandungkan Anaqi dahulu. Ketika hamil anak pertama, saya sering muntah, terutama sebelah malam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN [Hadiah Birthday Paling Best. Amar Tak Sangka Amyra Buat Kejutan Hamil Anak Ke-2]

Sebelum ini Amar yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 berkongsi perkhabaran gembira Amyra hamil anak kedua.

“Saya tidak sangka Amar membuat pengumuman di Instagram, sedangkan saya hanya berkongsi berita gembira sebagai kejutan sempena hari ulang tahun kelahirannya.

“Patutlah telefon bimbit saya tidak berhenti berbunyi pada hari itu, rupa-rupanya Amar sudah berkongsi mengenainya di Instagram,” katanya.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Sumber: Berita Harian & ig Amyra Rosli

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...