loading...

Air Bag Meletup 320 Km/J, Ibarat Anda Dilanggar Kereta Api Peluru! Sebab Itu Pentingnya Baby Car Seat

Walau kita memandu dengan cermat dan memeluk anak dengan erat, kemalangan tetap boleh berlaku akibat sikap semberono orang lain atau kecuaian mereka. Kita TIDAK BOLEH mengawal bila kemalangan akan berlaku, tetapi kita BOLEH KURANGKAN RISIKO kecederaan dan kematian apabila kemalangan berlaku.

[Baca: Geli, Kotor, Bahaya! Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu]

Pada 5 julai yang lalu, berlakunya kemalangan tragedi yang telah mengakibatkan bayi yang berusia 5 hari maut ditempat kejadian. Menurut sumber, saksi yang membantu cuba melakukan CPR namun tidak dapat menyelamatkan bayi itu. Bayi tersebut mengalami kecedaraan parah dan dipercayai dipangku oleh ibunya semasa dalam perjalanan sebelum kejadian.

[Baca: “Tolong Selamatkan Anak!” Permintaan Bapa Sebelum Bayi 5 Hari Meninggal Dalam Pangkuan]

Menurut perkongsian daripada Child Passenger Safety Malaysia, Perodua Bezza ini bukan sekadar mengalami satu perlanggaran. Kemungkinan dua atau tiga perlanggaran berantai. Ini bermakna bayi itu bukan sekadar dihentam oleh beg udara semasa ianya terkeluar, tetapi juga ada kemungkinan dihempap oleh berat badan ibunya yang bergerak ke hadapan akibat momentum perlanggaran kemudian mungkin tercampak pula mengenai papan pemuka. Hanya mangsa yang mengetahui apa yang terjadi di dalam kabin penumpang.

Dalam kes ini, hentaman beg udara itu sahaja telah memungkinkan bayi ini parah. Bayangkan anda dilanggar keretapi peluru (bullet train/shinkansen) pada halaju maksimanya. Itulah kelajuan beg udara tersebut meletup keluar. 320 km/j.

Maaf kami terpaksa memberikan gambaran di atas kerana ramai ibubapa yang masih rasakan anak boleh dipangku kemas, masih merasakan pemanduan cermat dapat mengelakkan kemalangan, masih rasakan jarak dekat tidak akan terjadi kemalangan, masih merasakan melaburkan sejumlah wang untuk membeli kerusi keselamatan adalah sia-sia bagi mereka.

Salam takziah buat keluarga ini. Kami berharap ada sokongan psikologi untuk ibu yang masih lagi baru melahirkan ini kerana ada risiko tinggi untuknya mengalami tekanan.

Untuk yang sudah ada kesedaran, tahniah kerana mengutamakan keselamatan anak anda. Gunakan ia dengan betul dan bantu kami sebarkan kesedaran ini. Kita sama-sama sayangi kanak-kanak lain.

Bagi yang membaca hantaran ini tetapi masih belum menggunakan kerusi keselamatan utk anak anda, apa lagi yang anda nantikan?

Perkongsian daripada saksi kejadian yang meragut nyawa bayi 5 hari

Mati itu pasti, tapi perancangan Allah adalah rahsia-Nya. Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri apabila kenderaan yang mereka naiki telah terlibat dalam kemalangan, lantas meragut nyawa bayi mereka yang baru sahaja berusia lima hari.

Menerusi perkongsian di Facebook Amirul Azuan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, telah menceritakan detik menyayat hati ketika dia cuba menyelamatkan bayi tersebut.

Mengalir air mata aku…

Menurut Amirul selalunya jika ada kemalangan dia jarang untuk berhenti, namun disebabkan terlihat ada seorang bayi di kawasan kejadian membuat hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang berlaku.

Time aku lalu baru jadi dalam 5minit.
Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.

Baby Tak Sedar, Minta Izin Buat CPR

Ketika berada berdekatan kereta itu, Amirul terus bertanyakan mengenai keadaan bayi tersebut kepada bapanya kerana melihat bayi tersebut sudah hampir tidak sedar. Tanpa berlengah dia meminta untuk membuat CPR kerana bibir bayi sudah bertukar biru.

Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x?
Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru 😭
Terus bukak helmet mintak izin nak cpr.
First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.

Ayah Minta Sedarkan Anaknya

Lebih memilukan, melihatkan anaknya masih lagi tidak sedarkan diri walaupun bantuan diberi, ayah kepada bayi merayu meminta agar sekali lagi Amirul cuba untuk menyelamatkan anaknya.

Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr.
Aku terduduk dekat tepi divider tu.

Apa yang buatkan ayah bayi tersebut begitu ralat, mereka sekeluarga dah nak sampai ke rumah neneknya itu.

Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.

Tolonglah Letak Baby Dalam Carseat

Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat.
Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby 😭

Bayi yang diberi nama Inara telah pun disahkan meninggal dunia, semoga kedua ibu bapanya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.  Syurga buatmu sayang!

Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara. 

Sumber: Amirul Azuan, Child Passenger Safety Malaysia

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...