Buat pertama kali dalam tempoh 35 tahun, wakil Malaysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World yang bersaing bersama-sama 36 orang peserta dari negara lain. Sebagai info, Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia yang diasaskan oleh David Marmel yang juga presidennya. Ia diwujudkan pada 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara.
Kokilam Raih Tempat Ketiga
Wakil Malaysia, Kokilam yang merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berjaya mengharumkan nama negara selepas diumumkan sebagai tempat ketiga pertandingan itu pada Sabtu lalu di West Gate Resort di Las Vegas Amerika Syarikat. Dalam pertandingan itu, wakil dari Vietnam telah muncul sebagai Mrs World 2019 manakala tempat kedua disandang oleh wakil South Africa.
Hadiah Hari Lahir
Menerusi ucapannya di laman Instagram, kemenangannya itu cukup bermakna apatah lagi ianya juga merupakan ‘hadiah’ hari lahirnya.
Berterima kasih atas segala ucapan, dia merasakan cukup bertuah apabila dapat menjadi sebahagian daripada Mrs World 2019. Tahniah diucapkan buat Kokilam di atas kejayaan tersebut!
sumber