Nurul Huda Abdullah, perenang lagenda negara yang cukup terkenal pada era 80-an sehingga pernah dinobatkan sebagai olahragawati Sukan SEA 1989.Biarpun namanya seakan nama Melayu namun perenang ini sebenarnya adalah dari kaum Cina yang berjaya mendominasi kolam renang di peringkat Sukan SEA ketika itu. Beliau juga berjaya mengumpulkan 22 pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA bermula dari 1985 hingga 1989 serta pernah memungut 2 pingat perak dan 2 gangsa dalam Kerjohana Sukan Asia 1986 di Seoul (sumber : Wikipedia ).
Berdasarkan pencapaian gemilang tersebut, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersetuju untuk melantik Nurul Huda sebagai timbalan Chef de Mission (CDM) II Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina pada 30 November hingga 11 Disember depan.
Menurut Presiden MOM, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria, Nurul Huda akan bersama CDM Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin serta Timbalan CDM I, Ahmad Faedzal Md Ramli bagi memastikan kelancaran program di Filipina.
Dalam kenyataannya, Norza menyifatkan kombinasi ketiga-tiga individu ini cukup baik berdasarkan latarbelakang masing-masing yang mempunyai pengalaman luas dalam Sukan SEA ini. Ia juga akan membantu menyuntik semangat kepada para atlet negara untuk bersaing di Pentas Antarabangsa.
Ligakampung.com mengucapkan syabas terutama kepada Nurul Huda Abdullah . Memang masa zaman kami dahulu, nama Nurul Huda ini cukup sinonim dalam kolam renang. Cukup berbakat sehingga mampu bersaing di peringkat Olimpik dan Asia. Mungkin dengan kemasukan beliau akan menyemarakkan lagi aksi terutama dalam sukan renang yang sering menawarkan banyak pingat di Sukan SEA.