Penulis sememangnya tidak faham di mana letaknya nilai keperimanusiaan dalam diri masyarakat di negara China ini. Sebelum ini, kita pernah dihidangkan dengan video seorang budak yang dilanggar oleh sebuah lori dan selepas kejadian itu berlaku tiada satu pun kenderaan dan orang yang datang membantu kanak-kanak malang itu sehinggalah muncul seorang perempuan tua yang datang membantu.
Beberapa hari selepas kejadian itu, budak itu pun menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital dengan ditemani kedua ibu bapanya.
Jika masyarakat di sana terus pantas bertindak, sedikit sebanyak tentu nyawa anak kecil itu dapat diselamatkan.
Terbaru, terdapat sebuah video yang memaparkan seorang pemuda telah ditikam secara bertubi-tubi di sebuah lorong sambil disaksikan berpuluh-puluh orang di situ.
Tidakkah timbul rasa kasihan kepada pemuda tersebut?
Atau paling tidak pun, mereka boleh telefon pihak polis untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku di antara dua pemuda itu.
Anda nilaikanlah sendiri.
LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP-->