loading...

Inilah Keadaan Sebenar Gadis British Selepas Berpesta Arak Yang Sangat Menyedihkan

Inilah Keadaan Sebenar Gadis British Selepas Berpesta Arak Yang Sangat Menyedihkan

Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Tetapi, untuk yang bersara pada wilayah yang sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.

Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketar

a pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.

Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

Mari kita lihat foto-foto yang memaparkan keadaan gadis-gadis di Britain selepas pulang daripada berpesta bersama rakan-rakan pada hujung minggu:

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy.

Dalam Khalifah khutbah Ustman r.a. itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. “Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman.

Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.

Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya”.

“Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi, segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka.”

Sebab itulah Islam mengharamkan pengambilan minuman beralkohol kepada umatnya kerana manusia yang berada di bawah pengaruh alkohol lebih cendurung untuk melakukan sesuatu yang memalukan, merbahayakan dan pelbagai lagi.

Apa Pandangan Agama Buddha, Kristian dan Hindu Mengenai Tabiat Minum Arak? MENGEJUTKAN!

Minuman keras atau beralkohol gemar diminum oleh golongan bukan Islam di negara kita. Negara kita pula tidak mengenakan banyak sekatan kepada mereka untuk mengamalkan corak hidup sedemikian dan larangan kebanyakannya dikenakan pada bentuk pengiklanan, jualan dan premis perniagaan yang dibenarkan apabila bercerita tentang minuman alkohol ini.

Kita semua sudah memahami apa perspektif Islam tentang minuman alkohol. Islam amat jelas dan mudah difahami melarang sekeras-kerasnya penganutnya mengamalkan tabiat ini, tetapi bagaimana pula dengan tiga agama lain paling besar di Malaysia, iaitu agama Buddha, Kristian dan Hindu?

Apa pandangan asas agama mereka tentang tabiat minum arak ini?

Agama Hindu sangat menitik beratkan cara hidup seseorang yang digelarkan sebagai Pancha Seela, yang terkandung 5 jenis perbuatan yang sepatutnya dielakkan oleh pengikut cara hidup Hindu iaitu berjudi, melacurkan diri, berbohong, membunuh orang lain dan meminum minuman beralkohol.

Walaupun begitu, terdapat kelonggaran yang diberikan bergantung kepada pecahan-pecahan fahaman dalam penganut Hindu. Secara amnya, penganut Hindu percaya alkohol mampu membuatkan seseorang itu hilang kawalan diri dan perkara yang paling dituntut dalam Hindu adalah untuk seseorang itu hidup dengan minda yang sedar serta mampu mengawal dirinya.

Penganut Hindu sedar keburukan pengambilan alkohol tetapi tidak ada larangan yang spesifik seperti Islam. Dalam agama Hindu, terdapat 5 kategori peringkat minuman keras bermula dengan gudasambandha iaitu sejenis arak ringan yang diperbuat daripada tebu, madhukam iaitu arak yang diperbuat oleh anggur, kaivaram iaitu todi kelapa, thaalajam iaitu todi tulen dan paishtikam yang mewakili minuman bir, wain, wiski dan lain-lain.

Sesetengah fahaman mereka membenarkan pengambilan berdasarkan kategori peringkat tertentu, bergantung kepada cara hidup yang mereka amalkan.

Larangan meminum arak wujud dalam Buddhism menerusi The Fifth Precept of Buddhism yang berbunyi “saya bersetuju untuk menghindarkan diri saya dari alkohol dan arak, yang akan menyebabkan saya hilang kawalan diri.” Dalam bahasa Inggerisnya – “I undertake the rule of training which consists in abstention from drink and drugs that cloud the mind.”

Agama Buddha sangat menitik beratkan seseorang itu senantiasa berada dalam keadaan sedar. Pengambilan alkohol mampu membuatkan seseorang itu hilang kesedaran dan rasa kasih sayang yang dia ada, selari dengan tuntutan sains yang membuktikan alkohol mengurangkan daya kognitif seseorang serta mampu membuatkan seseorang hilang pertimbangan.

Begitupun, pandangan penganut agama Buddha berbeza-beza dalam isu larangannya secara keseluruhan. Pandangan Buddha tentang arak agak fleksibel dan hanya perlakuan minum keterlaluan sehingga mabuk dan menyusahkan orang lain, adalah perbuatan yang ditegah.

Cabang Thevarada dalam Buddha menganggap the fifth precept sebagai satu larangan berbentuk penuh dan melarang penganutnya minum sebarang bentuk minuman alkohol, sementara dalam cabang Mahayana pula, minum minuman beralkohol dianggap sebagai satu dosa kecil.

Kristian

bartender tuang beer romania

Di kalangan penganut sendiri berbeza-beza pendapat mereka tentang pengambilan alkohol oleh penganut agama Kristian, walaupun banyak panduan tentang larangan alkohol disebut dalam Bible. Secara asasnya, mabuk itu sendiri adalah satu perbuatan dilarang menerusi beberapa ayat dalam Bible contohnya Deuteronomy 21 ayat 20 atau Ecclesiastes 10 ayat 1.

Antara larangan paling kuat menerusi 1 Corinthians 5 ayat 11; “Dan dengan ini aku berpesan jauhilah mereka yang mengaku dirinya pengikutku, tetapi dia seorang yang melakukan seks tidak bermoral, tamak, penyembah berhala, penyebar fitnah, mabuk dan penipu. Jauhilah sehinggakan elakkan makan dengan mereka.”

Kebanyakan paderi Kristian tidaklah mengatakan minum minuman alkohol itu salah, namun potensi untuk berlakunya kejadian buruk selepas minuman alkohol itu yang ditakuti mereka. Kisah Paul the Apostle yang diceritakan melalui Romans 14 ayat 14-21 menjelaskan yang beliau sendiri memilih untuk mengelakkan minuman yang mampu membuatkan dia lemah atau apa saja perbuatan yang mampu melemahkan tubuhnya.

Setiap penganut Kristian percaya tubuh badan mereka dipinjamkan oleh Jesus dan membenarkan badan diracuni dengan alkohol adalah satu tindakan yang tidak selari dengan tuntutan agama mereka.

Begitulah serba sedikit penerangan ringkas berkenaan isu alkohol dan arak di kalangan penganut agama-agama paling ramai di Malaysia, selepas Islam. Jika dilihat, jelas kebanyakan agama di Malaysia mendidik pengikutnya supaya menjauhkan diri dari minuman yang memabukkan.

Ini kerana risiko yang mampu timbul selepas seorang itu mabuk dan hilang kawalan diri, mampu membahayakan bukan setakat dirinya, malahan mungkin juga boleh melibatkan orang lain.

Sebagai penutup, saya kongsikan yang sebagai orang Muslim, minuman seperti arak ini memang ditegah secara jelas dalam Islam. Setiap umat Islam dididik dengan satu pandangan yang mudah tapi membawa satu maksud yang cukup besar: arak atau sebarang minuman yang memabukkan, adalah punca kepada kejahatan.

1 43

Polemik meminum minuman keras di negara kita nampaknya tidak akan berpenghujung sampai bila-bila. Dengan wujudnya pihak yang mendesak kerajaan untuk melonggarkan undang-undang yang mengawal selia segala hal berkait dengan minuman keras dan satu pihak lain yang nampaknya mahu alkohol diharamkan terus, jalan tengah yang diambil oleh pihak kerajaan kita nampaknya akan terus diuji dari semasa ke semasa.

Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan negara lain, negara kita sebenarnya agak longgar juga larangannya berbanding beberapa negara di bawah yang kita pasti tidak menyangka, mengamalkan peraturan yang lebih ketat tentang pengambilan minuman beralkohol di tempat awam.

Berikut adalah 5 negara yang mempunyai peraturan lebih ketat berbanding Malaysia dalam hal berkaitan alkohol.

1. Norway

drinking1 900x600

Berpunca daripada sejarah lama negara itu yang mengalami banyak masalah berkaitan arak dan kes yang melibatkan individu mabuk, Norway melarang rakyatnya minum di tempat terbuka yang mampu dilihat orang. Namun jika ditangkap ketika sedang minum oleh pihak penguatkuasa, tidak adalah tindakan berat diambil. Hanya minuman akan disita dan dibuang oleh pihak penguatkuasa tempatan.

2. Russia

russian drinking

Kerajaan Russia hanya membenarkan pengambilan alkohol di dalam premis yang dilesenkan untuk jualan. Bermula pada Mac 2013, jualan minuman beralkohol dihentikan pada jam 11 malam sehingga 8 pagi keesokannya. Setiap kesalahan akan dikenakan denda di antara 500 rubles sehinggalah 1500 rubles.

3. Kanada

women binge drinking

women binge drinkingDi Kanada, hanya Quebec sahaja membenarkan minuman keras di tempat awam. Selebihnya diselia melalui peraturan ketat yang hanya membenarkan pengambilan minuman alkohol di kediaman atau premis yang menjualnya. Di beberapa daerah tertentu, jika anda ditangkap sedang menikmati minuman keras di tempat awam, anda akan diminta membuang minuman tersebut dan diberikan amaran lisan.

4. Sepanyol

bn fy457 expat g 20141210080020

Kebanyakan negeri di Sepanyol mula melarang pengambilan minuman keras di tempat awam. Selain itu, budaya Botellon yang diamalkan oleh anak-anak muda berkumpul untuk minum juga dibanteras dengan pengenalan pelbagai bentuk undang-undang melarangnya. Kerajaan Sepanyol mengenakan sekatan kepada pengambilan alkohol di tempat-tempat awam, tetapi membenarkan pembelian arak oleh remaja di bawah 16 tahun, jika dia ditemani ibu bapa.

5. Northern Ireland

st patricks day cheltenham festival uk march 17 2016

Negara yang terkenal dengan sambutan St.Patrick’s Day ini sebenarnya cukup tegas dengan pengambilan alkohol di tempat awam. Polis mereka juga cukup cekap melakukan rondaan untuk mengawal perkara ini. Premis-premis yang dibenarkan menjual alkohol hanya di pub-pub atau restoran yang dibenarkan, sama seperti di Malaysia dengan had masa jualan dan waktu tamat operasi yang hampir serupa.

Itulah 5 negara barat yang selalu kelihatan seperti agak toleran tentang isu alkohol ini, namun sebenarnya cukup ketat peraturan dan larangan mereka, malahan kebanyakan larangan yang diperkenalkan juga hampir serupa dengan apa yang kita laksanakan di negara kita sendiri.

sumber:   iluminasi

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pesta arak “Oktorberfest 2018″ yang berlangsung di Mid Valley hari ini boleh diteruskan selagi tidak melanggar undang-undang.

Beliau berkata, ini kerana pesta di kompleks membeli-belah itu dijalankan secara tertutup dan tidak dilakukan di kawasan terbuka.

“Oktoberfest itu kalau dalam premis tidak ada keluar, tidak ada mabuk kacau orang dalam premis tidak apa sebab mereka memang jual arak, alkohol di dalam tu.

“Kalau minum dalam premis tu, minumlah tapi kalau letak iklan besar-besar itu tidak boleh, itu kita akan turunkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.

Beliau mengesahkan DBKL sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan pesta arak.

Bagaimanapun katanya, DBKL tetap akan memantau penganjuran pesta arak di Mid Valley itu untuk memastikan ia tidak dibawa keluar.

“Memang setakat ini saya tidak menerima sebarang permohonan.

“Mid Valley tu kita pergi (buat tinjauan) sebab ia di dalam. Tapi kita tetap akan pantau, jika dibawa keluar kita sita,” katanya lagi.

Pada Selasa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata pesta arak “Oktorberfest 2018″ boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan DBKL.

Beliau berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

Oktoberfest 2018 berlangsung di Mid Valley hari ini dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.

Pada 17 September tahun lepas DBKL menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijadualkan diadakan pada 6-7 Oktober tahun itu.

DBKL dalam kenyataannya ketika itu berkata, ia menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos 2017 untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam tetapi tidak meluluskannya.

Pada tahun 2017, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung.

Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.

sumber : fmt

VIDEO:  Oktoberfest 2018 Komen Mufti Perlis Dr MAZA

Temubual mengenai Oktoberfest 2018 bersama-sama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Peneraju Bernama Radio, Nazira Noran dan Shuhadah Armawan.
@ Bernama Radio 11 Oktober 2018

Previous
Next Post »
loading...