loading...

Dhabitah menang gangsa di Kejohanan Terjun Dunia Siri

Dhabitah menang gangsa di Kejohanan Terjun Dunia Siri

Penerjun negara yang semakin meningkat naik, Nur Dhabitah Sabri memberikan kebanggaan dalam arena sukan negara selepas berjaya mengondol gangsa dalam kategori wanita terjun papan anjal pada kejohanan Terjun Siri Dunia (DWS) di London sebentar tadi.
Dhabitah yang berusia 19 tahun ini berjaya menamatkan aksi di peringkat akhir untuk berada di kedudukan tempat ketiga pada Ahad (19 Mei).
Dhabitah , pemenang pingat Sukan Asia pada tahun lepas berjaya memungut 344.40 mata dari lima percubaan untuk menamatkan tempat di belakang pemenang Maddison Keeney dari Australia dan Jennifer Abel dari Kanada.

Ini merupakan pingat kedua beliau dalam DWS dimana pada tahun 2017 beliau berjaya membawa pulang perak dalam aksi 10 meter papan anjal synchro berpasangan dengan Pandelela Rinong.
Dhabitah juga mencatat sejarah sebagai peserta Malaysia pertama yang berjaya menaiki podium bagi acara 3 meter semenjak DWS dianjurkan bermula tahun 2007.

Tahniah kepada Dhabitah yang berjaya membuktikan atlet wanita mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Mungkin ada peluang untuk beliau mengapai pingat di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Kredit Gambar : Instagram Dhabitah Sabri

Previous
Next Post »
loading...