loading...

Kekoknya Mandikan Anak Baru Lahir, Rasa Mudah Kalau Caranya Betul, Tip Mandikan Bayi Wajib Tahu!

Memandikan bayi buat kali pertama sememangnya pengalaman yang cukup mendebarkan bagi semua ibu. Rasa kekok. Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang. Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah mula terbiasa.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika memandikan bayi. Sama seperti kita, bayi inginkan keselesaan dan mandi adalah langkah terbaik buat mereka memanjakan diri. Jadi ibu haruslah melalukannya dengan cara yang tepat, penuh yakin.

PERSEDIAAN SEBELUM MANDI

1. Keperluan Mandian
Pastikan anda mempunyai kelengkapan mandian yang sesuai seperti bekas mandian atau besen kecil untuk bayi. Begitu juga sabun, syampu serta tuala yang lembut.

2. Persalinan Bayi
Lengkapkan dahulu persalinan bayi seperti baju, lampin pakai buang, barut, krim dan sebagainya supaya lebih senang dipakaikan sahaja selepas mandi.

3. Suhu Air Sesuai
Suhu air yang sesuai untuk memandikan bayi adalah dengan menyukat menggunakan jari. Sesuai untuk kita, tidak terlalu panas atau sejuk, maka sesuai juga untuk kulit bayi. Suhu yang sesuai ialah sekitar 37o.

PROSES MEMANDIKAN
1. Mulakan langkah memandikan bayi dengan membasuh kepala bayi terlebih dahulu. Letakkan bayi di sisi kiri atau kanan tubuh kemudian basuhkan kepadanya daripada belakang.

2. Mulakan dengan belakang kepada dan seterusnya ubun-ubun.

3. Ratakan sapuan air ke mukanya dan bersihkan pada sekitar Kawasan muka bayi.

4. Ambil putik kapas dan bersihkan kawasan telinga bayi juga di kawasan belakang telinga bayi. Elakkan menggunakan putik kapas di dalam telinga, sebaliknya hanya cuci luaran cuping sahaja.

5. Setelah selesai bahagian kepala, angkat bayi di sebelah, kemudian tanggalkan lampin pakai buangnya.

6. Letakkan bayi di atas lengan sementara jari diletakkan pada bahagian ketiak bayi. Pegang bayi dengan kuat.

7. Mulakan dengan membasuh bahagian kaki seterusnya celahan paha dan kemaluan bayi. Gosok lembut kulit anak.

8. Seterusnya barulah mulakan di kawasan badan bayi. Cuci pada bahagian lipatan leher serta ketiaknya. Jika perlukan sabun, gunakan sabun tidak terlalu berbuih atau memiliki bau yang terlalu kuat.

9. Cuci bersih bayi dengan air bersih bagi menanggalkan semua sabun.

10. Kemudian bawa bayi ke tangan sebelah satu lagi dan letakkan bayi secara terlangkup. Letakkan di atas lengan sementara jari memegang lengan dan ketiak bayi.

11. Cuci bahagian belakang bayi hingga bersih terutama di bahagian punggung dan belakang kepadanya.

12. Cuci dan bilas bayi dengan air yang bersih.

13. Lapkan hingga kering dengan tuala yang bersih dan lembut.

14. Keringkan dan sedia dipakaikan pakaian yang telah tersedia lebih awal.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...