loading...

Gemuk Dan Pendek Je Tapi Punyalah Sedap, Pikat Selera Anak Dengan Aiskrim Malaysia Cute!

Aiskrim Malaysia memang legend dan cukup dikenali sepanjang zaman. Kalau dulu balik sahaja daripada mengaji Quran rumah jiran, wajib singgah beli aiskrim ini yang harganya hanyalah 10 sen ketika itu.

Tapi itu dulu, kini ramai yang kreatif cuba hasilkan aiskrim yang lebih comel semata-mata untuk menarik perhatian anak-anak. Pun begitu harganya bukanlah macam dulu-dulu. Walaupun pendek tapi harganya boleh tahan juga sehingga mencecah RM2 sebatang. Rasa premium katanya.

Tak perlu membazir, apa kata cuba tarik perhatian anak kecil yang berpuasa dengan aiskrim gemok pendek ni. Bagi semangat untuk mereka kekal berpuasa hingga petang. Sebelah siangnya ibu jangan pula cuba-cuba buka peti ais ya!

Ada empat resipi hebat untuk anda cuba petang ini. Layan!


Aiskrim Malaysia alaf baru katanya! Gemok-gemuk dengan perisa viral! Sedap! Blh la cuba, resepi dalam caption gambar.

Milo Tabur

Bahan-bahan:
Milo secukupnya
Air
Susu cair
Susu pekat
Coklat tabur atau coklat cip

Cara Membuatnya:
1. Masak air dan bancuhkan serbuk milo macam biasa.

2. Tuangkan susu cair dan susu pekat. Kacau sampai sebati dan sejukkan.

3. Taburkan coklat tabur ke dalam plastik dan masukkan air milo tadi.

4. Ikat kemas dan bekukan.

Jagung Cincau

Bahan-bahan:
Sirap jagung
Air
Susu cair
Susu pekat
Cincau secukupnya
Sedikit garam

Cara Membuatnya:
1. Buat air jagung macam biasa kemudian letakkan sedikit garam.

2. Letakkan cincangan cincau ke dalam plastik dan tuangkan air jagung.

3. Ikat kemas dan bekukan.


Tip Untuk Mama
1. Pastikan campuran susu pekat dan susu cair supaya rasanya lebih lemak dan sedap.

2. Penambahan secubit garam juga buat aiskrim rasa lebih lemak. Tapi secubit je ye.

3. Elakkan guna lebih warna sebab tak sihat untuk anak.

Sumber: Dj Reenaz Merpati

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...