loading...

Demi Seorang Anak, Perut & Paru-Paru Isteri Ditebuk Kerana Air Terkumpul Lepas Buat IVF 

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Bagaimanapun tak semua pasangan yang berkahwin akan terus diberi rezeki anak. Ada yang berkahwin bertahun-tahun atau berbelas tahun pun masih belum dikurniakan zuriat.

Ada tu dah cuba pelbagai cara tapi masih belum diberi lagi oleh Allah. Itu belum lagi yang melakukan pelbagai rawatan dengan kos tinggi yang perlu dicucuk atau makan ubat. Jika diingatkan mesti sakit tapi demi anak semua itu bukan halangan.

Pengorbanan ini juga turut dilalui oleh pasangan suami isteri, Muhamad Irwan Wahid dan isterinya Noor Liyana Mustaffa.

Melihatkan kesabaran dan tekad isterinya untuk bergelar ibu selepas beberapa tahun berkahwin benar-benar membuatkannya cukup menghargai seorang wanita bergelar ibu.

Berikut antara perkongsiannya 

“Sayang, lapar ke?,”

Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen.

Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni.

Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.

Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya.

Last² terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.

Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat ivf bulan April lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat.

Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan saudara mara & rakan² pasal zuriat.

Isteri Alami PCOS

Yelah, isteri saya memang minat budak², tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.

Tahun ni kami decide untuk buat ivf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sakit puan di HUSM.

1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat perut isteri saya.

Lepas OOCYTE, Air Berkumpul Dalam Perut Isteri

Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sakit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, perut nampak makin kembang.

Kami ingatkan ada angin dalam perut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat perut. Masa tulah isteri saya start rasa sakit. Dia kena OHSS.

Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam perut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya.

Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru². Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.

Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor² pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.Perut Dan Paru-Paru Isteri Kena Tebuk

Last², doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya perut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas.

Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru² isteri saya untuk keluarkan air.

Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang meninggal kat katil sebelah isteri saya tu.

Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa maut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat ivf.

Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak.

ARTIKEL BERKAITAN:

[Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Sekarang]

Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuriat. Mental dan fizikal nak kena kuat.

Tangguh Dulu Buat IVF

Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalanan ivf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.

Ada 30 Biji Telur Dah Bersedia 

Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer.

Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat melalui ivf ni.

Sumber: Muhamad Irwan Wahid

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...