loading...

Masuk 6 Bulan, Bagi Dulu Bubur Kosong Sebelum Perkenalkan Puri. Baru Anak Tak Cerewet Makan

Mesti ada ibu yang tak sabar tunggu bayi menginjak usia 6 bulan sebab nak bagi makan. Dalam fikiran tu macam-macam nak cuba masak. Ada yang dah siap save resipi bubur dan puri.

Namun bila dah sampai masanya bayi pula menolak semua makanan yang ibu dah buatkan, dan paling tak tahan siap buat muka nak muntah.

Apabila dah macam ni, ibu mula kecewa dan jadi putus asa nak bagi anak makan. Akhirnya biarkan anak minum susu semata-mata.

Ingat ya jika anak tak makan sebarang makanan pelengkap walaupun dah melepasi umur 6 bulan si kecil berisiko untuk mengalami beberapa masalah seperti kekurangan nutrisi, lewat perkembangan dan beberapa perkara lagi.

Perkongsian dari Puan Marlisa Azura Abdul Ghani mengenai caranya memperkenalkan makanan pada anaknya pada usia 6 bulan mungkin boleh dijadikan panduan.

Saya nak share kepada ibu-ibu yang tengah pening fikir nak masak apa untuk bayi kesayangan tu.

Pertama sekali mulakan dengan bubur kosong lepas tu boleh campur dengan puri buah dan sayur.

Selepas itu mulakan balik bubur kosong supaya bayi dapat sesuaikan diri dengan rasa tawar, manis, masam, pahit. Sebenarnya bayi dah kenal dengan rasa-rasa macam ni melalui susu ibu (apa yang kita makan itu yang bayi rasa) cuma kita pelbagaikan lagi supaya anak kita besar nanti tak memilih makanan.

Selepas usia anak 7 atau 8 bulan cuba tambah protein pula ye. Yang penting follow 4 days rules, cuba bagi sikit-sikit sesudu dua (janganlah sampai semangkuk) dan jangan tambah gula atau garam tau.

Kena ingat makanan utama bayi masih susu ibu, makanan ni cuma makanan tambahan / pelengkap bayi yang berusia 6 bulan ke atas sahaja. So keep going on your breastfeeding ok!

Sumber: Marlisa Azura Abdul Ghani

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...