loading...

Sukan SEA : Boling Sasar 4 Emas

Skuad boling negara yang sering menghasilkan emas pada acara Sukan SEA meletakkan sasaran yang agak rendah pada Sukan SEA 2019. Ini berikutan acara yang dipertandingkan dikurangkan oleh tuan rumah, Filipina. Sasaran emas adalah melalui acara beregu lelaki dan wanita, berpasukan wanita dan diikuti masters wanita daripada keseluruhan sembilan pingat yang dipertandingkan.

Jika dua tahun lalu, skuad boling tenpin berjaya mengondol tujuh emas daripada 11 acara ketika edisi di Kuala Lumpur tetapi tahun ini sasaran dikurangkan. Bagi mempersiapkan para atlet untuk merebut pingat di Sukan SEA, skuad boling akan menghadapi tiga kejohanan terbuka di Sepanyol, Singapura dan Hong Kong. Ini bagi memberikan persediaan kepada para atlet yang akan diumumkan senarai sebelum Ogos depan.

Menurut Setiausaha Agung Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) Maradona Chok “”Kami bukan hanya menilai berdasarkan prestasi dalam kejohanan kerana sebelum ini, terdapat atlet boling yang tidak beraksi dalam saingan yang sama.

“Tahun ini, kami meletakkan semua atlet dalam kejohanan sama. Sebab itu, kami menghantar skuad kedua ke Eropah dan ditanggung MTBC”.

Sumber : Stadium Astro

Ligakampung.com mengucapkan selamat maju jaya kepada para pemain boling negara. Semoga mereka mampu memberikan aksi terbaik sekaligus mampu menambah kilauan pingat di Sukan SEA.

Previous
Next Post »
loading...