loading...

Sedapnya Salmon Orange, Ringkas Tapi Meyelerakan. Tak Pedas, Anak Kecil Confirm Suka

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, mesti ligat berfikir sajian berbuka puasa yang tidak pedas tapi sedap.

Apa kata hari ini cuba sajian salmon yang dikongsikan wanita ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Confirm tak hanyir kerana ada campuran limau didalamnya. Mungkin ada yang tidak suka sajian yang berkuah dengan lemak dan santan boleh lah mencuba sajian ringkas ini.

Rasa masam manis ditambah dengan rasa lemak ikan salmon akan membuatkan anak makan bertambah berbuka puasa nanti.

Kepada yang tidak boleh menggunakan salmon, boleh menggunakan ikan-ikan jens lain seperti tenggiri. Ikuti cara penyediaanya. Beberapa bahan yang menggunakan

SALMON ORANGE

Resepinya adalah;

( Untuk Ikan )

  • 2-3 sudu makan Minyak Olive / Sawit
  • Salmon Filet
  • Garam
  • Lada Hitam (boleh kurangkan jika anak kurang suka pedas)

Cara penyediaan

  1. Guna kuali non-stick supaya ikan tak lekat.
  2. Tabur garam dan lada hitam kedua-dua belah ikan.
  3. Goreng sampai masak macam gambar.

( Untuk Sos Oren )

  • 2-4 ulas Bawang Putih
  • 2.5 tsp Rosemary Segar / Kering
  • 1/2 Cawan Air
  • 1/2 tsp Pati Ayam Knor
  • 1.5 biji Parutan Kulit Orange
  • 1.5 biji Jus Orange Segar
  • 1 tbsp Jus Lemon Segar
  • 1.5 tbsp Madu
  • 1 tbsp Gula
  • 2.5 tsp Tepung Jagung ( untuk pekatkan kuah )
  • Beberapa potong buah orange

Cara penyediaan

Tumis bawang putih bersama rosemary.

Dalam bekas yang lain sediakan dulu campuran semua bahan lain kecuali tepung jagung. Campurkan kesemua bahan bila tumisan rosemary dan bawang putih telah wangi.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung & sedikit air untuk pekatkan kuah. And . . . . It’s done 😉.Credit to Kak Lina Tomas from US for sharing the recipe!

Sumber: Hana Sanchezs Ahmad

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...