Aduhai, zaman sekarang orang taktik orang nak ‘umpan’ mangsa memang tak terjangkau dek akal, boleh pula nak mengaku diri tu tok dukun dekat Facebook. Lepas tu siap offer diri tu satu upacara lagi kalau nak diri tu dilindung.
Dengar memang tak logik, tapi kadang-kadang orang boleh terpedaya, lebih-lebih lagi sasaran dia tu budak-budak bawah umur, aduhai, geleng kepala dan terkejut bila admin baca cerita ni.
Akan ada nasib buru menimpa, kalau nak elakkan kena buat hubungan seks
Seramai 20 orang budak perempuan berumur dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun di Jakarta menjadi mangsa umpan pedofil 26 tahun yang menyamar jadi tok dukun untuk melakukan hubungan seks.
Menurut World Of Buzz, Pesuruhjaya Kanan Polis daerah Garut, Budi Satri Wiguna menjelaskan bahawa ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis dengan menyatakan operandi gangguan seksual itu adalah memperdaya mangsa akan bernasib buruk, jika ingin atasinya kena melakukan hubungan seks dengan dia.
“Pelaku menawarkan dua ritual: kias dan pangsal. Beliau berkata ritual-ritual ini dapat memastikan mangsa selamat dari nasib buruk, “
Dia juga mengesahkan bahawa pedofil yang dikenali sebagai RGS ini bukanlah dukun sebenar dan dia hanya seorang yang melakukan kerja-kerja biasa di kampungnya.
Mula-mula jadi kawan kat Facebook, dah lama-lama baru mula umpan
RGS mengaku yang dia memang mencari pemangsa melalui Facebook, pada mulanya dia akan berpura-pura menjadi kawan kepada mereka yang mempunyai masalah, kemudian dia akan gunakan taktik ini, tambahnya aktiviti ini telah dilakukan selama setahun.
Menurut Ketua Pusat Jagaan Garut bagi Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A), Diah Kurniasari, organisasinya akan membantu mangsa dan keluarga mereka.
“Kami dah menyediakan pasukan psikologis untuk membimbing mangsa dan ibu bapa”
Hati-hati, jangan sewenang-wenangnya layan orang di media sosial
sumber