Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengumuman Menteri Belia dan Sukan dimana pasukan kelab bola sepak ternama dunia, Manchester City diberitakan berminat untuk membeli sebuah kelab di Malaysia. Di tambah pula, terdapat reaksi daripada Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia, TMJ bahawa tiada isu untuk membeli kelab Malaysia ketika delegasi tersebut hadir ke Malaysia.
Ini menimbulkan polemik samada kenyataan Menteri Belia dan Sukan ataupun TMJ adalah tidak benar. Ligakampung.com tak mahu kita memikirkan tentang isu itu kerana biarlah pihak Manchester City membuat satu siding akhbar untuk menjelaskan situasi sebenar. Ia penting bagi mengelakkan perbalahan sesame sendiri. Cuma perlukah pasukan kelab di Malaysia ditaja oleh pihak luar ?
Kalau diikutkan dari segi pelaburan memang ianya menguntungkan tetapi adakah ia akan membantu? Pandangan kami ia mungkin hanya memberikan kebaikan untuk jangka pendek. Ini kerana pasaran bola sepak Malaysia tidak besar. Ini pasti tidak memberikan keuntungan kepada para pelabur yang mungkin menarik kembali dana sekiranya mereka tidak mendapat apa yang diinginkan.
Pada pendapat Ligakampung.com mungkin pelabur luar itu boleh melabur untuk keseluruhan iaitu dari segi Liga Malaysia itu berbanding membeli kelab. Mungkin dengan pelaburan dalam Liga boleh membuka mata orang luar untuk berurusniaga dengan kelab Malaysia.
Kita tak mahu nanti ‘menang sorak kampong tergadai’ pula jika ada kelab luar yang nak beli. Agak menghairankan juga kerana sebelum ini ada taikun Malaysia yang cuba menguruskan kelab bola sepak tetapi terbengkalai di tengah jalan. Macam MK Land, Air Asia dan sebagainya. Jadi kena tengok dari sudut pelaburan sebelum menerima bulat-bulat pembelian dari pelabur luar.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Setuju ke kalau ada pelabur nak beli kelab bola sepak kesayangan anda?