loading...

Kerap Merungut, Jenazah Orang Alim Akhirnya Disemadi Di Kubur Kristian

Kerap Merungut, Jenazah Orang Alim Akhirnya Disemadi Di Kubur Kristian

Hidup dan mati adalah mengikut aturan Allah, begitu juga dengan keimanan. Sejak kecil diasuh dengan didikan agama secukupnya, belum tentu pengakhiran hidup kita juga dalam Islam.

Kisah ini merupakan kisah benar yang menimpa seorang imam yang terkenal dengan ketokohannya dalam bidang agama. Kematian imam ini amat mengejutkan kerana sejurus memberi ceramah dia rebah. Rupa-rupanya dia terkena serangan jantung.

Namun disebabkan kematian mengejut, jenazah imam ini perlu melalui post mortemsebelum dikebumikan. Ketika itu juga, pihak hospital sedang sibuk menguruskan bedah siasat seorang remaja perempuan beragama Kristian. Setelah selesai segala urusan, urusan pengebumian berlangsung seperti biasa.

Kubur Di Gali Semula

Oleh kerana kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan melibatkan remaja tersebut, pihak hospital terpaksa mengali semula kubur remaja tersebut untuk lakukan pemeriksaan lanjut. Alangkah terkejut apabila melihat jenazah lelaki iaitu imam di kubur Kristian.

Menyedari mungkin berlaku kesilapan, kubur Imam tersebut juga digali dan memang benar, jenazah remaja tersebut berada di perkuburan orang Islam. Pihak polis yang berada di lokasi kejadian menjadi hairan bagaimana kejadian ini berlaku.

Pengurus jenazah cuba menyelidik apa yang telah berlaku melalui kedua-dua keluarga iaitu keluarga imam dan remaja wanita yang beragama Kristian tersebut. Menurut isteri imam, memamg tidak dinafikan imam merupakan seorang yang warak.

Tidak pernah meninggalkan solat, sering melakukan solat sunat, berpuasa dan bersedekah. Perkara ini membuatkan semua yang mendengar penerangan itu tercengang.

Ingin Memeluk Islam

Kemudian, isteri imam itu menyambung bahawa suaminya kerap merungut betapa terbebannya bergelar seorang muslim perlu solat dan berpuasa serta melakukan perkara-perkara yang Allah perintahkan. Alangkah bahagianya jika dia tidak beragama serta bebas melakukan pelbagai perkara.

Berbeza pula dengan kisah remaja perempuan tersebut apabila dia begitu teringin ingin memeluk agama Islam. Tetapi kejadian yang menimpa dirinya membuatkan remaja tersebut tidak sempat memeluk Islam.

Allah Maha Besar dan Maha Mendengar, Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta umatnya sama ada lambat atau cepat. Oleh itu, sebagai umat Islam sentiasa berdoa yang baik-baik dan jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah.

Previous
Next Post »
loading...