loading...

Bilik Baby Boy Dah Siap! Bila-Bila Masa Rumah Anzalna Akan Bunyi Tangisan Baby

Hanya menunggu hari saja untuk bertemu dengan buah hati baru, nampaknya Anzalna Nasir dah mula tak sabar dan teruja untuk menimang bayi lelaki.

Berkongsi kegembiraan itu, Anzalna telah menyiapkan satu bilik khas buat anak sulungnya dengan dekorasi yang nampak mewah dan moden.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“His room is ready!” tulis Anzalna ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bilik tidur tersebut, ada juga yang menyamakannya seperti bilik pengantin.

Standby bila-bila masa baby akan keluar

Dalam pada itu juga, Anzalna berkata buat masa sekarang doktor dah tak bagi dia keluar dan berjalan jauh kerana berisiko untuknya dan bayi.

“Doktor nasihatkan banyak berehat di rumah dan bila-bila masa baby dah sedia nak keluar,” katanya.

Walaupun dalam keadaan menghitung hari, ternyata Anzalna masih lagi cergas dan tetap berseri-seri.

Dia juga masih sempat buat photoshoot untuk mengabadikan kenangannya mengandungkan anak sulung.

Anak sulung semua nak buat kenangan

Anzalna menjelaskan mengandung anak sulung kalau boleh semua nak dijadikan kenangan. Dari mula mengandung sampailah saat dilahirkan. Kenangan ini membuktikan diri kita telah memasuki fasa bergelar seorang ibu.

Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu dan telah memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarganya.

Sumber: ig Anzalna Nasir

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...