loading...

Setiap Hari Nak Roti, Biskut. Lepas Ibu Ini Buat Beberapa Cara Anak Dah Tak Susah Makan

Kebanyakan ibu rata-ratanya mengalami masalah anak tak berselera makan ataupun susah nak makan. Mereka memang akan lupa pasal makan, terutamanya kalau tengah main. Kalau anak makan pun, mesti makan makanan yang kurang khasiat seperti keropok, coklat, dan sebagainya.

Kadang tu disebabkan dah puas nak paksa anak makan, akhirnya ibu biarkan macam tu je. Sampai satu tahap ibu bapa beranggapan kalau anak nak makan nanti pandailah dia minta sendiri.

Ada juga anak yang sekejap-sekejap minta susu dan mereka hanya kenyang minum susu semata-mata. Ingat ya kalau anak-anak macam ni, keperluan mereka nak membesar tak cukup. Nak tak nak ibu bapa kena kreatif dan berusaha nak galakkan anak makan.

Mungkin tip yang dikongsikan oleh Puan Hani Aziz yang dipraktikkan kepada anaknya berusia 2 tahun 6 bulan yang sebelum ini susah juga nak makan boleh dicuba.

Hani rajin share moment bila aisyah makan. Entah la, mungkin 1 kepuasan. Kenapa? Sebab dia bukan macam ni setahun yang lalu.

Susah sangat nak makan terutamanya macam nasi dan mee. Yang dia suka hanya biskut, roti dan kerepek-kerepek.

Serius risau sangat Hani time tu. Tapi sekarang dah 360 darjah berubah! Alhamdulillah

Bersemangat Hani masak setiap hari tengok anak berselera dan laju makan. Ibu yang ada masalah anak-anak kurang selera makan atau terlalu memilih makanan boleh cuba 10 tip yang Hani nak share ni :

  1. Jangan memaksa

Percaya lah. Makin kita paksa dia makan, makin dia cuba untuk protes. Apatah lagi kalau kita marah- marah sebab dia elak untuk makan, lagi anak bad mood nak makan.

  1. Libatkan anak dalam penyediaan makanan

Minta mereka bantu kita dalam proses menyediakan juadah seperti mencuci sayur, cuci beras, kacau lauk. Yang simple-simple je. Sambil tu boleh cerita sikit² pada anak benda ni sedap tau. Mama suka. Ayah suka. Aisyah pun mesti suka. Cerita dengan penuh emosi.

  1. Hidangkan makanan yang menarik

Cuba kita fikir, kenapa budak-budak suka dengan “jajan” walau belum pernah rasa pun benda tu?

Tengok la packaging jajan. Menarik. Warna warni. Mudah nak tangkap tumpuan anak. Kan

Macam tu juga kita kena serve makanan anak-anak kita. Make sure colourful. Ada warna hijau. Ada warna oren. Ada warna coklat

Sayur sayuran pun bole dipotong ikut bentuk-bentuk menarik. Nasi pula ditekap gunakan acuan mangkuk yang pelbagai. Be creative.

  1. Kurangkan minum

Bila kita letak air disebelah anak ketika makan, dia akan makan sikit then minum. Makan lagi minum. Lama²-lama perut kenyang dengan air je. Makan nya tak seberapa. Minum je banyak.

Jadi biasa kan anak minum hanya sebelum atau selepas makan. Nak minum? Habis kan dulu makanan dalam pinggan.

  1. Hidangkan makanan yang berlainan

Jangan la pagi menunya nasi + sup telur. Tengahari pun nasi + sup telur. Malam pun ulang menu yang sama. Bukan apa, kadang-kadang ibu masak sekali banyak. Nahhh, cukup untuk breakfast, lunch & dinner. Ayyaa, kesian anak-anak. Diaorang pun tak selera tengok benda yang sama je kan. Pelbagaikan menu. Biar simple asal berlainan

  1. Makan bersama-sama

Ada ibu yang sediakan makanan untuk anak. Biarkan anak duduk sorang-sorang kat meja makan. Dia pulak duk mengadap cerita korea atau duk buat keje lain seperti sambil basuh pakaian. Last tengok anak makan tak habis, huhu

Kita kena tahu suasana pun mainkan peranan yang penting tau untuk tambah selera makan anak. Duduk la semeja dengan anak ketika mereka makan. Lebih bagus kita pun makan sekali sama-sama. Anak tengok kita selera makan, in sya Allah mereka pun turut akan habiskan makanan.

  1. Serve makanan kegemaran anak

Kenal pasti apa menu yang anak-anak suka. Contoh Aisyah selera sangat makan kalau Hani masak soto nasi, bee hoon sup, nasi goreng, lontong, mee hailam. So seminggu buat la 2, 3 kali menu kegemaran mereka.

  1. Berlakon dengan partner

Apa Hani buat bila nak ajar Aisyah makan sayur? Hani berlakon dengan Shahrul ketika makan. Contoh amik carrot, Hani tunjuk depan anak yang Hani makan. Buat memek muka excited dan teramat sedap. Lepas tu suapkan Shahrul carrot yang sama. Shahrul pun buat memek muka excited sedap sambil pejam mata padahal carrot je pun, hehe

At last, anak pun terikut nak cuba sama. Alaa, siapa malas berlakon memang rugi.

  1. Puji anak-anak atas sikap mereka

Kita ni kalau anak-anak buat silap laju je suara tarzan kita keluar. Ni haa anak makan masakan kita, puji la.

Wahh, hebat la Aisyah makan. Bagus sangat. Makan carrot nanti mata nya cantik. Makan nasi nanti Aisyah bole lari laju. Makan banyak nanti Aisyah jadi kuat boleh tolong mama. Simple je kan? Puji la anak supaya mereka rasa dihargai dan mereka akan rajin untuk makan masakan kita.

  1. Banyakkan bersabar

Lakukan lah tip ni dengan konsisten. Anak kita bukan robot, sekali kita buat terus dia ikut. Ibu bapa kena banyakkan bersabar, tenang dan senyum.Lama-lama usaha kita akan jadi rutin mudah dan anak-anak akan terikut sama.

Sumber: Ummu Hani Aziz

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...