Isteri pengarah popular Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana yang telah selamat melahirkan bayi perempuan dan juga anak kedua mereka pada 16 Mac lalu bersyukur tempoh berpantang berjalan lancar.
Sepanjang tempoh berpantang itu Puteri Sarah bersyukur dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram dengan melakukan urutan, sauna, bertangas dan bertungku .
“Dalam tempoh berpantang ni, kena betul-betul disiplin barulah cepat dapat hasilnya. Setiap hari dalam tempoh pantang tak pernah tinggal rutin asas untuk berurut dan bertungku.
“Mungkin aktiviti sauna yang dilakukan setiap hari beri hasil cepat di samping makan makanan berkhasiat dan banyak minum air kosong,” kongsinya.
Bukan setakat turunkan berat badan, Puteri Sarah juga gembira kerana wajahnya dah kembali berseri dengan amalan minum minuman sarang burung selain kekal bertenaga untuk memberi susu pada Sumayyah.
Sumayyah ikut muka ayah atau mama?
Sementara itu, Puteri Sarah juga dah mula berkongsi wajah Sumayyah kepada peminatnya dengan memberi soalan anak perempuan ikut muka ayah atau mama.
Ramai peminatnya memberitahu wajah Sumayyah ada iras Syamsul dan Sarah. Kiranya adil la. Tapi bab hidung lebih ikut belah mamanya.
Sebelum ini Syamsul dan Sarah bersyukur atas kelahiran anak keduanya yang dilahirkan seberat 3 kilogram.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 itu juga memiliki anak lelaki, Syaikhul Islam yang berusia dua tahun.
Sumber: ig Puteri Sarah