loading...

Hanya 1 Jam Sehari Cukup Untuk Belajar Dengan Anak. Jadikan Belajar Itu Sesuatu Yang Seronok

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menerusi akaun instagram berkongsi cara beliau mendidik anak-anaknya. Dia melakukan persiapan untuk anak gadisnya yang akan memasuki darjah satu tahun hadapan.

Cara beliau melakukan persiapan untuk anak-anak memasuki alam persekolahan yang baru boleh dicontohi. Beliau berkata, ulangkaji dilakukan agar anak-anak lebih bersedia dan tidak tertinggal di dalam kelas.

Video – Study time with Tasha

I normally spend 45 minutes with the girls after Tarawih doing worksheets from English , Maths etc 

Bella would also do her Hafazan and other Islamic subjects for next term

I spend a lot of time with Tasha on her Bahasa Melayu as she will be in Standard One next year . She speaks English most of the time and her Malay is a bit rusty 
Holidays are the best time to catch up with schoolwork

Preparing them for next term subjects is important so that once school starts , they will be ahead of other students 

Just an hour a day is more than enough during the school holidays 
Make learning fun … the girls are always looking forward to their studying with Daddy 

Salam Ramadhan Everyone 
Love As Always 

Terjemahan:

Saya biasanya menghabiskan masa 45 minit dengan anak perempuan selepas Tarawih untuk melakukan latihan Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya

Bella juga akan melakukan Hafazan dan mata pelajaran Islam lain untuk sesi yang akan datang

Saya menghabiskan banyak masa dengan Tasha mengulangkaji Bahasa Melayu kerana dia akan berada di darjah 1 tahun depan. Dia bercakap bahasa Inggeris lebih kerap dan Bahasa Melayunya agak merosot. Cuti adalah masa terbaik untuk mengulangkaji dan mengejar subjek yang tertinggal.

Menyediakan mereka untuk mata pelajaran jangka panjang adalah penting supaya apabila sekolah bermula, mereka akan mendahului pelajar lain.

Hanya satu jam sehari lebih daripada cukup semasa cuti sekolah
Jadikan belajar itu sesuatu yang seronok…Anak perempuan saya sentiasa tidak sabar untuk belajar bersama ayahnya

Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...