Foto Ngeri…Di Pukul Suami Hingga Keguguran
Seorang wanita hamil mendakwa dirinya telah dibelasah oleh suami sehingga mengalami keguguran.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Bangkok, Thailand dan pasangan berkenaan adalah beragama Islam.
“Inilah yang suami lakukan terhadap saya. Saya sedang hamil dan bila dia ‘sentuh’ (belasah), habis semuanya keguguran. Dia tampar saya dan suruh saya ambil anak itu keluar (buang),” kata wanita berkenaan.
Berdasarkan gambar yang tersebar itu, mangsa mengalami pendarahan teruk dan kelihatan janin yang cukup sifatnya di lantai bersama ketulan-ketulan darah.
Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam suami mangsa.
Bagaimanapun, lelaki bernama Dania Bin Dadeem tampil menafikan dakwaan isterinya itu.
“Jangan dengar sebelah pihak sahaja, duit syiling pun ada dua side. Saya bukan nak beri alasan tetapi jika benar, awak (isteri) bawa bukti ke mahkamah. Jika tidak benar, hati-hati kerana awak boleh dikenakan saman fitnah.
“Awak beritahu orang yang saya belasah awak sampai awak mengalami keguguran? Saya keliru sebab setahu saya ketika awak mengalami keguguran, saya sedang bekerja dan saya tinggal di rumah kakak saya di Samut Prakan.
“Jadi, persoalannya bagaimana pula saya boleh pergi belasah awak? Segalanya akan terjawab nanti,” jelasnya.