loading...

Alif Satar Rasa Pelik, Isteri Sedang Hamil Asyik Melawa. Adakah ‘Pembawaan’ Baby Boy?

Perubahan pada insan yang disayang semestinya akan diketahui pasangan. Yang pasti sebagai orang paling rapat, suami atau isteri pasti akan perasan. Apatah lagi ketika hamil.

Berbeza dari sebelum ini

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Alif Satar mengakui isterinya, Shadila Halid yang kini sedang hamil 19 minggu menunjukkan perbezaan berbanding sebelum ini.

Pasangan bahagia ini bernikah pada 15 September 2014 dan rumah tangga mereka sudah diserikan dengan dua orang cahaya mata perempuan yang dinamakan Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Ambil masa lama untuk bersolek

Kata Alif, isterinya yang tersayang kini bukan saja lebih cantik daripada kebiasaaan, malah turut berperangai aneh apabila mengambil masa terlalu lama untuk bersolek setiap kali keluar dari rumah.

“Alhamdulillah dah masuk 19 minggu isteri saya hamil. Tapi kali ni memang nampak lain sikit.

“Dia asyik nak melawa je. Kalau dulu kejap je bersiap sekarang ambik masa agak lama kalau nak keluar rumah,” katanya.

Adakah kemungkinan anak lelaki?

Jelas Alif, kelakuannya yang sedikit berbeza daripada kebiasaan itu turut membuatkannya terfikir kemungkinan anaknya kali ini adalah lelaki.

“Orang kata kalau anak perempuan tu dia ambil kecantikkan ibu, kalau lelaki tu pula ibu yang nak melawa. Apapun saya bersyukur je kalau Tuhan nak bagi lelaki atau perempuan,” katanya.



Berdebar menanti Oktober

Apabila ditanya jika kehamilan isterinya itu memberi kesan pelik terhadap dirinya, bapa & suami penyayang ini juga menjelaskan dia berasa sedikit berdebar menantikan anak ketiganya itu.

“Bila anak dah bertambah, kita pun kena kerja kuat. Itu yang membuatkan Alif sangat gementar.

“Insya-Allah, Shadila dijangka bakal melahirkan bayi ketiga pada Oktober ini,” katanya.

Sumber: gempak.com

Artikel berkaitan:[Rezeki Anak Ke-4 Cepat. Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun  ] [Teringin Adik Lelaki, Anak Perempuan Alif Satar Panggil ‘Baby Brother’ Dalam Perut Mamanya]

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...